,
Laman Utama

Suara Bak Supernova! 3 Jam, 24 Lagu, Tertanggal Kasut Antara Momen Magik Konsert Dimash Qudaibergen Di KL!

Amri Hassan
28/06/2023
15:45 MYT
6,000 penonton bukan satu angka kecil untuk membuktikan keunggulan bintang bersuara emas Dimash Qudaibergen ketika tampil di Axiata Arena untuk konsert sulungnya baru-baru ini.
Dimash, 29, aset milik negara Kazakhstan memukau peminatnya dengan rangkaian lagu popular dengan cemerlang. Suara yang tak terbandingkan dengan mana-mana penyanyi di dunia.
Ada yang menggelarkan Dimash pemilik 'angelic voice', tidak kurang juga yang memuji suaranya 'umpama turun dari langit'!
BACA: “Beliau Miliki Suara Paling Merdu Di Dunia” - Dimash Tak Sabar Beraksi Satu Pentas Dengan Siti Nurhaliza
BACA: 8 Bulan Penganjur Tunda Konsert Dimash Qudaibergen Live In Malaysia Kerana PRU15! Umum 24 Jun 2023 Tarikh Baharu​
Jom Gempak kongsikan antara momen-momen menarik sepanjang konsert Dimash Qudaibergen Live In Malaysia di Axiata Arena baru-baru ini:
1. Dimash cuba menyapa peminat di Malaysia dengan ucapan bahasa Melayu
"Selamat malam kawan-kawan dan tetamu sekalian. Saya sangat gembira dapat berjumpa dengan anda semua di konsert pertama saya di Malaysia pada malam ini," ucapnya bersungguh-sungguh.
@astrogempak
Penyanyi popular Kazakhstan, Dimash Qudaibergen menyapa peminat Malaysia dengan cubaan berbahasa Melayu. Comelnya!!! Artikel penuh di www.gempak.com.♬ original sound - Gempak 2. Peminat tak henti bersorak sepanjang konsert, menariknya ada yang mampu bersama-sama menyanyi dengan empunya nama Dinmuhammed Qanatuly Qudaibergen itu. Powerlah!
3. Ada juga peminat yang menangis ketika Dimash menyanyi di pentas. Barangkali lagu yang dilantunkan itu menusuk ke jantung atau mengingatkan tentang kenangan yang perit. Sabar okey.
4. Setiap kali selang masa rehat akan ada peminat yang datang mendekati pentas untuk menghulurkan jambangan bunga kepada Dimash. Penuh bilik tu rasanya...
5. Dimash membawa pemuzik khas dari Kazakhstan untuk mengiringinya sepanjang konsert.
6. Sempat menyarung beberapa persalinan sepanjang konsert, antara yang memukau pandangan peminat adalah sut lateks berwarna hitam. Nampak gah!
7. Energy Dimash tak terbandingkan dengan mana-mana penyanyi lain, dengan notasi tinggi (yang difahamkan mencapai oktave 8), penyanyi itu lincah di pentas, melompat, menari sampai ke akhir konsert.
Paling tak boleh lupa apabila Dimash menanggalkan kedua-dua kasutnya tinggal berstokin putih sambil meneruskan nyanyiannya. Comel!
8. Axiata Arena gamat sebaik sahaja penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul di pentas utama untuk membuat persembahan.
9. Siti tampil dengan dua lagu popularnya iaitu Bukan Cinta Biasa dan Nirmala.
"Kalau bukan menyanyi hari ini, saya memang sudah membeli tiket untuk duduk di bawah bersama-sama kalian menyaksikan persembahan Dimash hari ini," kata Siti.
10. Antara lagu yang dinyanyikan Dimash ialah Golden, Zhalyn, If I Never, Olimpico, Battle Of Memory, Ave Maria, S.O.S, Mahhabat Ber Magan, El Amore En Ti dan banyak lagi.
11. Terdahulu, Dimash mengadakan konsert solonya pada 6 Mei lalu di Turkiye sebagai sebahagian siri jelajah dunia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.