Drama bersiri ‘Suara Hati’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel dengan judul yang sama nukilan novelis Anis Ayuni yang mengangkat genre kekeluargaan terbitan Astro Prima dan syarikat produksi Global Film Station Sdn. Bhd.
Drama 13 episod arahan sutradara Emy Suffian atau lebih dikenali dengan nama panggilan Pyan Screw ini turut menampilkan Zetty Alia Dato’ Ramly sebagai penerbit eksekutif, Dato’ Zaiton Muhd Jiwa selaku penerbit serta Farah Alya As'ari sebagai penulis skrip.
Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh berkata mereka sekali lagi membuat keputusan untuk mempertaruhkan drama yang diadaptasi dari novel ini adalah berdasarkan kejayaan drama-drama sebelum ini yang pernah mencetus fenomena tersendiri.
"Melalui pengalaman kami, kekuatan sesebuah drama dinilai berdasarkan kualiti keseluruhan produksi, naratif penceritaan dan skrip yang mantap serta lakonan yang bermutu.
"Kesemua elemen tersebut perlu seimbang untuk memikat hati penonton. Selain itu, jika dilihat berdasarkan kejayaan drama-drama terbitan Astro sebelum ini, format adaptasi sering mendapat perhatian dan diterima baik sehingga mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan peminat drama Melayu.
"Menyuntik strategi yang sama, kami dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi naskhah adaptasi novel menerusi drama bersiri ‘Suara Hati’. Pemilihan karya novelis terkenal Anis Ayuni terbitan Alaf 21 ini untuk diangkat ke dalam bentuk drama adalah berasaskan jalan ceritanya yang unik dan tersendiri serta dilihat dekat dengan masyarakat kita.
"Syabas kami ucapkan kepada semua yang terlibat dengan pembikinan drama ini terutamanya kepada produksi Global Film Station kerana berjaya menterjemahkan karya tersebut dalam bentuk visual dengan baik sekali.
"Kami berharap gabungan semua elemen ini mampu meletakkan ‘Suara Hati’ sebagai sebuah drama yang paling ditunggu oleh para penonton sekaligus mengumpul kelompok peminatnya yang tersendiri," katanya.
Kisah ‘Suara Hati’ dibintangi oleh Hanna Aqeela, Syafiq Kyle dan Aidil Aziz selaku teraju utama serta turut dijayakan oleh barisan pelakon seperti Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Qistina Khaled, Syahir Shafein, Liza Rafar, Fazlina Ahmad Daud dan YM Dato’ Sri Rezza Shah.
Ini juga merupakan gandingan pertama Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela selaku pasangan hero dan heroin menerusi slot Tiara di Astro Prima.
‘Suara Hati’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 19 Julai 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Zulaikha Yusof
Fri Jul 16 2021


Empat Tahun Bercinta, Akhirnya Joo Min Ha Dan Yoo Il Bakal Berkahwin
Wah tahniah!

Anak Beli iPhone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri, Ajak Shiro Bangga! - “Kita Nak Belikan, Dia Tak Nak"
Usaha tangga kejayaan.
.jpg?ext=.jpg)
Azhar Osman Bekas Rakan Duo Hael Husaini, Sah Bergelar Suami Sekali Lafaz
Tahniah Azhar dan pasangan

Gigi Dah Cantik Tapi Pasang Pendakap, Iman Troye; “Kadang Insecure Bila Bercakap Depan Orang..”
Makin berkeyakinan lepas ni.
.jpg?ext=.jpg)
#TheGiftedGraduation : Berjayakah Time Memasuki Kelas Gifted? Saksikan Episod 2 Untuk Mengetahui Jawapanya
Episod dua dah

#Foodieslife - Perut Memulas Waktu Pagi Lepas Minum Kopi? Ini Sebabnya…
Oh begitu rupanya...
![[VIDEO] “Mula-Mula Kongsi Kek, Lama-Lama Kongsi Kasih…” - Netizen Sekali Lagi Kenenkan Zara Zya dan Shuib [VIDEO] “Mula-Mula Kongsi Kek, Lama-Lama Kongsi Kasih…” - Netizen Sekali Lagi Kenenkan Zara Zya dan Shuib](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(31).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Mula-Mula Kongsi Kek, Lama-Lama Kongsi Kasih…” - Netizen Sekali Lagi Kenenkan Zara Zya dan Shuib
Lagi sekali Shuib dan Zara Zya
.jpg?ext=.jpg)
"Ya Allah Hancur Betul Hati Ini..." - Bella Astillah Kehilangan Nenek 8 Bulan Selepas Atuknya
Al Fatihah Nenek Bella
![[VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja [VIDEO] Bagus, Merendah Diri.. - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/unnamed-(27).jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Bagus, Merendah Diri.." - Suka Sikap Remaja Melayan Tetamu, Boss Air Asia Beri Tawaran Kerja
Bertuahnya budak tu

“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Beto Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Lakonan Beto dengan Yayan ni memang power guys.