Selepas penyingkiran Farid pada minggu lalu, konsert Suara Viral minggu ketiga menyaksikan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sulastrie terpaksa meninggalkan pentas pada malam ini.
Biarpun berada pada kedudukan selesa selama dua minggu berturut-turut, ternyata, tuah tidak menyebelahi Sulastrie apabila terpaksa akur berada di kedudukan paling corot pada minggu ini.
Sulastrie atau nama sebenarnya, Dian Sulastrie Abdul Fattah, 39, hanya berjaya mengumpul 62.38 peratus selepas menyampaikan lagu Di Pintu Syurga.
Bertemakan Jutaan Tontonan, konsert pada minggu ini menyaksikan anggota tentera, Farah mendahului di tempat pertama dengan dendangan lagu berjudul Pencuri Hati nyanyian asal Ayda Jebat.
Pada minggu ini juga, juri jemputan Amelina mengadili para peserta bersama dua orang juri tetap, Misha Omar dan Akim, selain lapan orang Juri Duduk Rumah.
Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu ketiga beserta komen daripada para juri:
#1 Farah (Pencuri Hati/ Ayda Jebat): 85.77 %
"Saya terkedu, awak sangat bagus. Awak buat saya terhibur dengan gelekan awak. Selama dua minggu awak nampak berat, awak nampak serius, seolah-olah awak macam tak mampu buat seperti hari ni" - Misha Omar
#2 Soffwany (Hajat/ Hael Husaini): 79.00%
"Awak kena tunjukkan ekspresi lagi dengan gunakan mata dan gerak tangan. Sebab tu, kena bayangkan nak jadi watak apa dalam lagu. Saya harap boleh tengok lebih ekspresi daripada awak lagi selepas ini" -Misha Omar
#3 Azrul (Langkah Seiringan/ Exist): 79.00%
"Awak ada tone, saya suka tone awak, tone jantan. Cuma kenapa bila nyanyi awak pandang bawah sahaja, macam tiada interaksi. Kalau dapat bagi mata kat kami yang menonton, mungkin lebih sampai bait-bait lirik" - Akim Ahmad
#4 Ameem (Diari Seorang Lelaki/ Pretty Ugly): 77.83%
"Awak nampak selesa, nampak hidup dalam lagu ni, nyanyian pun bagus. Cuma lagu ni patut nampak lagi seksi, lagi rileks sebab awak masih nampak seperti mamat belia. Apapun, saya boleh nampak yang you are here to win" - Misha Omar
#5 Jerry (Hutang/ Floor88): 77.60%
"Awak sangat menguasai pentas. Saya suka cara awak sampaikan lagu ini, saya suka dengan tone suara awak. Awak buat lagu tu sampai kami yang dengar ni rasa enjoy" - Amelina
#6 Boy (Sandiwara/ Xpose Band): 75.48%
"Masa nyanyi lagu tu kena ada tenaga, bila kita beri lebih kat situ, rasa tu akan lebih sampai. Lagi satu, bila menyanyi saya perasan bukaan mulut awak kecil. Apapun, awak antara peserta yang ada suara unik" - Akim Ahmad
#7 Bella (Sesaat Kau Datang/ Ramlah Ram): 67.75%
"Saya enjoy show awak. Saya suka dengan cara penguasaan pentas, pandai main dengan kamera untuk tarik perhatian kami. Awak bawa lagu itu pun dengan cara tersendiri" - Amelina
#8 Bobby (Aisyah/ Projector Band): 66.62%
"Persembahan yang comel, cuma, kalau awak keluar dari ruang mic stand, ada interaksi dengan band, ada interaksi dengan kami, lagi okay sebab lagu pun rancak. Apapun, persembahan bagus. Saya ada cadangan kalau masih kekal, cuba nyanyi lagu Bohemian Rhapsody "- Akim Ahmad
#9 Sulastrie (Di Pintu Syurga/ Dayang Nurfaizah): 62.38%
"Saya terganggu bila awak lupa lirik dan awak ada salah lirik. Pada saya penulis lirik dah buat lagu tu sedap, bila salah lirik maksud lagu pun akan jadi lain" - Sudyr
Dalam pada itu, jangan lupa untuk mengundi peserta Suara Viral Paling Gempak pilihan anda di sini.
Undian dibuka pada pukul 11 malam sejurus selesai konsert mingguan yang diadakan pada setiap Rabu selama lima hari.
Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bakal bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, penonton juga boleh menyaksikan persiapan para peserta menerusi 'Jom Intai Suara Viral' yang akan ditayangkan pada setiap Isnin dan Selasa pukul 6.55 petang.
Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Suara Viral, layari www.gempak.com/suaraviral.
ZULHILMI JALIL
Wed Jul 01 2020
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.