Usahawan kosmetik Nursajat meluahkan rasa kesal apabila Datuk Seri Aliff Syukri memilih penyanyi Zizi Kirana untuk terbabit dalam projek lagu rayanya.

Menerusi perbualan WhatsApp antara mereka berdua, Aliff dirundung resah untuk memilih individu yang layak bagi menyanyikan bahagian rap lagu rayanya itu.

“Peninglah saya tak boleh nak pilih Sajat. Saya nak lagu ni orang suka supaya boleh keluar televisyen. Apa patut saya buat?” getus Aliff menerusi sebuah entri di Instagram.

Sementara itu, dalam perbualan WhatsApp terbabit, Sajat menyifatkan Zizi tidak layak untuk menggantikan posisinya dalam lagu itu.

“Apa ni Dato’ sebelum ni okey je buat lagu, kenapa sekarang baru bagitahu?

“Jadi, Zizi lah yang terpilih?

“Suara Zizi tak lah sedap mana pun, seksi je lebih. Eee tak boleh terima kita,” tulis Sajat.

pening lah saya sy tak boleh nak pilih sajat.. sy nak lagu ni org suka mana tau boleh kuat tv.. apa putut saya buat????

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Baru-baru ini, Aliff memuat naik sesi rakaman lagu rayanya tanpa muzik yang mengundang kritikan netizen ekoran kualiti suaranya.

Manakala semalam Sajat turut berkongsi sesi rakaman suaranya dalam versi rap untuk tujuan promosi lagu terbabit.