ANTARABANGSA
Subaru Forester GT Edition Tampil Lebih Sporty Direka Eksklusif Untuk Asia
Selepas memperkenalkan Subaru XV GT Edition, kini tiba pula giliran Subaru Forester yang menerima edisi berkenaan yang tampak lebih sport direka eksklusif untuk pasaran Asia.
TC Subaru Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan Subaru di Malaysia melancarkan edisi istimewa itu yang mana ia dibina dengan hasil kerjasama syarikat kejuruteraan Giken Co Ltd dan Masahiko “Jack” Kobayashi iaitu bekas ketua rekaan Subaru Corporation.

Subaru Forester GT Edition turut menerima sentuhannya dengan dipadankan aero kit GT Edition. Perubahan yang boleh dilihat adalah pada lip tambahan pada bampar hadapan dan belakang, skirt sisi serta spoiler.

Pada masa sama, Forester GT Edition turut dilengkapi sistem audio skrin 8 inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Ia juga menjadi paparan 360 darjah untuk memudahkan pemandu memasuki parkir.



Must-Watch Video