“Subhanallah, Terima Kasih Sayang” - Jep Sepahtu & Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga
Pelawak dan penyampai radio Sinar, Jep Sepahtu dan isterinya Sari Yanti selamat menimang cahaya mata ketiga mereka.
Berita gembira itu dikongsi Jep menerusi Instagramnya, malam semalam.
Menerusi posting berkenaan, Jep meluahkan rasa syukur selepas isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka iaitu bayi lelaki.
“Subhanallah, Syukur. Alhamdulillah, terima kasih sayang,” katanya.
Menerusi ruang komen, rata-rata peminat tidak henti mengucapkan tahniah atas kelahiran keluarga baru Jep itu.
Malah, rakan artis juga turut mengambil peluang memberi ucapan dan doa atas pengumuman gembira itu.
Antara yang kelihatan termasuklah Achey, Radin Era, Feeya Iskandar dan ramai lagi.
Apapun tahniah Gempak ucapkan!
Sekadar info, Jep mendirikan rumah tangga dengan Sari pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir.
Sari sebelum ini juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil daripada perkahwinan terdahulu.