Viral
"Subhanallah. Teruja Dengan Senibina Surau Langgar Rindu" - Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Antara tempat-tempat terkenal yang kaya dengan senibina kayunya adalah negeri Terengganu. Kalau anda berkesempatan berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu, atau lebih dikenali dengan nama Muzium Losong, anda akan dapati keindahan hasil ukiran kayu yang cukup indah.
Hampir di seluruh negeri Terengganu terdapat tukang kayu yang hebat-hebat, umpamanya mereka yang membina bot tradisional di Kampung Pulau Duyong. Malah, tempahan turut diterima daripada luar negara.
Terbaru, YB Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut berkongsi satu senibina yang cukup indah iaitu sebuah surau yang dipanggil Langgar Biru.
"Subhanallah. Teruja dengan senibina Surau Langgar Rindu yang dibina oleh Hj. Abdul Karim Embong. Moga Allah SWT memberi ganjaran yang setimpal atas usahanya yang menakjubkan membina surau ini dengan tulang empat keratnya.
"Bagi sesiapa yang melalui jalan utama Kuala Terengganu-Merang di Kampung Rhu Tapai, saya sarankan singgah solat di sini di samping menikmati keindahan senibinanya," tulis Dr. Zulkifli di Twitter miliknya.
Ramai yang pernah singgah di surau yang dibina dengan tulang empat kerat oleh Haji Abdul Karim Embong itu mengagumi keindahan dan keunikan Surau Langgar Biru.
Beberapa keping gambar Surau Langgar Biru turut dikongsi oleh pengguna Twitter seperti Mohd Asyraf Nazmi, Nisa dan Nur Farizah Izah.
"Nak balik kolej memang akan lalu surau ni. Cantik sangat," tulis Nisa yang turut berkongsi sekeping gambar.
"Alhamdulillah, pernah sampai. Cantik tempatnya. Angin sepoi-sepoi," kongsi Izah.
"Pernah tiga kali singgah di sini. Baik sangat tuan punya Pak Su," tulis Aminah Wahab.
Gempak masih cuba menghubungi Haji Abdul Karim Embong, orang yang membina Surau Langgar Biru ini.
Ramai yang memuji tentang keindahan senibina dan usaha Haji Abdul Karim dalam membina surau yang mempunyai keunikan dan keindahannya yang tersendiri, dan mungkin tidak terdapat di mana-mana surau di Malaysia ini.
Must-Watch Video