,
Berita

“Suci Humaira Dah Dalam Perut Masa Ni, Tapi Bonda Tak Tahu…” - Yatt Hamzah Panjat Pokok Ketika Hamil

Syafiqah Jalal
02/12/2019
12:49 MYT
Pelakon Yatt Hamzah mendedahkan dia pernah memanjat dahan pokok yang tinggi ketika sedang hamil anak keduanya, Suci Humaira Iqlima yang kini berusia 3 tahun.
Menurut Yatt, ketika itu dia tidak menyedari yang dirinya sedang hamil dan memanjat dahan pokok tersebut semata-mata demi menjalani sesi fotografi perkahwinannya dengan suami, Mohammed Zulfadhli Khairuddin
“Tiga tahun lepas 2016, sebulan lebih lepas bernikah. Masa ni buat outdoor photography lepas majlis belah suami di Kota Bharu, Kelantan. @sucihumairaiqlima dah dalam perut masa ni, tapi Bonda tak tahu. Kemain gigih Bonda ni panjat dahan pokok bagai konon nak shoot paling letop.
“Mujur ada suami boleh manja-manja tolong sambut masa turun dari pokok tinggi tu. Slide left tengok tu Bonda baru turun dari pokok. Mujur juga baju sponsor tu tak koyak atau kotor. Ni namanya behind the scene Pengantin Pompuan Panjat Pokok.
“So korang pengantin-pengantin baru tak payahlah mengada-ngada tiru gaya Bonda ni nak panjat pokok bagai. Bonda ni memang sejenis makhluk lasak lahir pada tahun Monyet yang sukakan extreme. Nampak je Muslimah tapi lasak yang amat,” tulisnya.
Yatt berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia turut memuat naik foto ketika sesi penggambaran tersebut.
Namun kini, Yatt bersyukur kerana dia dijangka melahirkan bayi keempat dalam bulan ini.
“Tapi sekarang dah insaf sikit sebab dah beranak pinak Bonda kontrol sikitlah tak nak berjangkit pada anak-anak.
"Rupanya sangkaan Bonda meleset sama sekali.. Iqlima memang sebijik spesies Bonda dia.. Adik dia Medina pun sama ikut jejak langkah..Tarzan pompuan!! Aisehhh, mana silapnya ni!
“Apapun Alhamdulillah syukur. Tahun ni 2019 anak keempat akan menyusul. In shaa Allah bulan depan Bonda akan melahirkan anak ke - 4 ni. Harapan dan doa Bonda agar anak ini selamat, sihat dan tak ikut jejak Tarzan seperti Bonda & kakak-kakaknya. Aameen," katanya lagi.
Untuk rekod, Yatt berkahwin dengan juruvideo Mohammed Zulfadhli Khairuddin pada Februari 2016 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang zuriat, Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfaa Medina berusia setahun.
Terdahulu, Yatt juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Abdul Mutalib Shukor dan dikurniakan seorang zuriat perempuan iaitu Suci Hanania Malika, kini berusia tujuh tahun.

#throwback 3 tahun lepas 2016, sebulan lbh lepas bernikah. Masa ni buat outdoor photography lepas majlis belah suami di KB Kelantan. @sucihumairaiqlima dah dlm perut masa ni, Tapi Bonda x tahu. Kemain gigih Bonda ni panjat dahan pokok bagai konon nak shot plg letop..?? . Mujur ada suami boleh manja2 tlg sambut masa turun dr pokok tinggi tu. Slide left tgk tu Bonda baru turun dr pokok. Mujur juga baju sponsor tu tak koyak atau kotor. Ni namanya behind the scene Pengantin Pompuan Panjat Pokok. So korang pengantin2 baru tak payahlah ngade2 tiru gaya Bonda ni nak panjat pokok bagai. Bonda ni mmg sejenis Makhluk lasak lahir pd tahun Monyet yg sukakan extreme. Nampak je Muslimah tp lasak yg amat. . Tapi skrg dah insaf sikit sbb dah beranak pinak Bonda kontrol sketlah xnak berjangkit pd anak2. Rupanya sangkaan Bonda meleset sama sekali.. Iqlima mmg sebijik spesies Bonda dia..Adik dia Medina pun sama ikut jejak langkah..Tarzan pompuan!! Aisehhh, mana silapnya ni!!??? . Apapun Alhamdulillah syukur. Tahun ni 2019 anak keempat akan menyusul. In shaa Allah bulan depan Bonda akan melahirkan anak ke - 4 ni. Harapan dan doa Bonda agar anak ini selamat, sihat dan tak ikut jejak Tarzan spt Bonda & kakak2nya?..Aameen..??❤ . . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYatt #BondaYH #Makbuyong #throwbackkahwin #makbuyong #pregnantmom #ibuhamil #hamil36minggu #36weekspregnant #motherof3 #soontobemotherof4

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Hiburan

Adik Neelofa Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki!

gempak
17/11/2024
08:55 MYT
Adik lelaki kepada pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa iaitu Mohamed Aqief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Unitar