Pelakon Farah Nabilah umum hamil anak kedua ketika sudah sarat hamil dengan kandungannya yang kini berusia enam bulan.

Farah berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

"Bismillah Masya-Allah. Chapeter 2, Insya-Allah," tulisnya beserta tanda berpagar 25 minggu dan enam bulan kehamilan.

Hantaran berkenaan disertakan dengan video pendek dirinya di tepi pantai sedang mengusap perut dari pandangan sisi.

Farah mengumumkan kehamilannya pada hari raya selepas memuat naik foto bersama suami dan anak sulungnya.

Entri itu mendapat perhatian rakan artis dan pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah.

"No wonder you glow differently..Alhamdulilah tahniah," komen pelakon Ika Nabella.

"Tahniah sis, moga dapat baby girl pula," ucap salah seorang pengikut IGnya.

Sekadar info, Farah dan suami Amirul Yunus mendirikan rumah tangga 20 Disember 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki Andre Omar yang berusia tiga tahun.