Penyanyi kelahiran Brunei, Aziz Harun berjaya menamatkan pengajiannya di University of East Anglia, United Kingdom (UK) dalam bidang ekonomi.

Menerusi laman sosial Instagram, Aziz berkongsi beberapa keping foto dirinya memakai jubah graduasi untuk tatapan umum.

Menurut penyanyi lagu Jauh itu, walaupun sudah tamat pengajian, dia agak kecewa apabila tidak berpeluang untuk merasai pengalaman menerima ijazah dalam sebuah majlis konvokesyen formal.

“Sudah tiba masanya untuk terbang. Alhamdulillah, done with university.

A bittersweet ending to my academic journey, no formal graduation for us but glad to have had this small photoshoot with the people that “carried” me through my degree.

Where will life take me next? Hogwarts? Akademi Fantasia?” tulis Aziz di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian tersebut, Aziz bersama teman-teman seperjuangan bergambar di hadapan universiti mereka sebagai tanda kenangan.

A post shared by Aziz Harun // ??‍♂️ (@azizharun212)


Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah serta penghargaan buat Aziz di atas pencapaiannya yang membanggakan itu.

Bro, ur like professor Snape but young version,” usik penyanyi Amir Masdi.

Yeahh, congrats brotha,” ucap penyanyi Afieq Shazwan.

Congrats Aziz! Bigger and better things ahead. Insyallah,” komen seorang wargamaya.

Congrats Aziz, know know grad dah,” kata seorang wargamaya.

Alhamdulillah congrats Aziz! Pasti berjaya di Akademi Fantasia,” tulis seorang wargamaya.

Tahniah Aziz! Semoga dipermudahkan urusan dan diperluaskan pintu rezeki. Amin,” doa seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 23,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar into, pada September 2019, Aziz mengumumkan penarikan diri daripada program nyanyian Big Stage kerana mahu melanjutkan pelajaran ke UK.