Berita

Suhu Badan Lebih 40 Darjah Celcius, Anak Nadya Syahera Disahkan Influenza A

gempak
ZULHILMI JALIL
16/03/2020
02:38 MYT
Sponsor Banner
Suhu Badan Lebih 40 Darjah Celcius, Anak Nadya Syahera Disahkan Influenza A
Pelakon Nadya Syahera memaklumkan bahawa anaknya, Mohamad Dayyan terpaksa di tahan di wad hospital selepas disahkan dijangkiti Influenza A.
Bahkan, Nadya atau nama sebenarnya Nadya Syahera Rosli, 27, berkata anak bongsunya itu mengalami demam panas sehingga mencecah 40 darjah celsius.
"Semalam gigih sambut ulang tahun kelahiran kakak, tapi Dayyan badan memang dah tak berapa sedap dah. Suhu naik turun.
"Sepanjang majlis semalam, asyik merengek dan lemah je. Jadi, selesai sahaja majlis semalam, suhu 39.8 darjah celsius.
"Pukul 2 pagi siap kemas rumah terus pergi hospital, ingat nak ambil ubat sahaja, tapi bila sampai hospital suhu dia makin naik 40.3 darjah celsius. Doktor masukkan ubat, ambil darah dan sampel swab hidung.
"Keputusan keluar, doktor cakap Dayyan kena Influenza A dan jangkitan bakteria. Jadi, check in lagilah hospital. Minta semua doakan Dayyan cepat sembuh ya," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Perkongsian Nadya itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mendoakan agar anaknya itu kembali segera sembuh.
"Semoga cepat sembuh dan kalau boleh sekarang anak-anak jangan bawa tempat terdedah udara bebas dan orang yang dijangkiti bukan terus ada simptom," tulis salah seorang pengikutnya.
Sebelum ini, Dayyan pernah dimasukkan ke hospital pada penghujung tahun lalu selepas mengalami suhu badan yang tidak menentu.
BACA: “Influenza Negatif, Tapi Dayyan Kena...”- Anak Nadya Syahera Kena Tahan Wad Kerana...
Nadya dan mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 3, dan Mohamad Dayyan berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024