Laman Utama
Suka Lihat Pembantu Rumah Tampil Cantik, Netizen Tanya Iqbal: “DSV Tak Jealous ke?”
Pengsohor dan penyanyi Iqbal Zulkefli mendedahkan yang dia menunjukkan sifat tegas pada pembantu rumah baharunya, Indah ketika wanita itu baru bermula bekerja di kediamannya.
Menurut Iqbal, sifat tegas dan berhemah melayan pembantu rumah bagaimanapun memberikan impak yang sedikit berbeza terhadap hubungan mereka berdua sebagai kakitangan dan majikan.
“Pada awal Indah hadir ke rumah, saya tunjukkan sikap tegas. Tegas saya masih berhemah. Akan tetapi saya perhati, dia jadi tidak seronok. Senyum pun tidak. Mahu lalu depan saya ketakutan.
“Setelah saya cuba mendalami cara dia membesar, seharian saya tidak dapat tidur, menangis sendiri kasihankan dia. Semakin hari semakin ceria, kerjanya sangat bagus luar biasa. Saya cuba cari sesuatu untuk marah tapi tiada apa alasan untuk marah. Setiap waktu saya perhatikan dari 30 unit CCTV yang ada di rumah, sekecil-kecil tugas dilakukan sempurna,” kata Iqbal.
Dalam masa yang sama, Iqbal turut memberitahu yang dia sering memuji tugas-tugas kecil yang dilakukan oleh Indah.
“Saya puji sentiasa tugas-tugas kecil dia lakukan. Saya biarkan dia berasa diri dia cantik. Perlahan-lahan ajar dia jadi yakin, berlemah lembut dan berpakaian cantik.
Ketepikan dulu cerita orang lain. Selagi dia berbuat baik, kita hargai kebaikan dia dulu. Dia tetap wanita yang perlu dilindungi, dihargai. Mungkin ada hari susah saya perlukan bantuan dia nanti. Saya sedaya upaya lindungi orang yang ada di kala susah senang,” katanya.
Melihat pada gambar-gambar yang dimuat naik, netizen memberikan respons yang pelbagai kepada Iqbal. Ada juga yang bertanya, adakah Datuk Seri Vida, usahawan kosmetik yang sering dikaitkan dengan dirinya tidak berasa cemburu.
“Ini pembantu ke PA? DSV tak jealous ke?” tanya seorang pengikut.
Iqbal kemudian menjawab: “Beliau tak ada hak untuk cemburu,” katanya.
Selain itu, terdapat segelintir netizen yang ingin melihat Iqbal dan Indah disatukan. Namun, ada yang berpendapat, hal peribadi Iqbal tidak sepatutnya menjadi bahan bualan.
“Asal mak cik bawang ni sibuk sangat tolong jodohkan? Mak cik bawang jaga baik anak korang je la sibuk hal orang dah kenapa? Dah kata ‘pembantu rumah’ gatal sangat ke mak cik mak cik ni? Iqbal tak sibuk korang pulak sibuk. Yang gatal tu korang.”
Terdahulu, Iqbal pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Datuk Seri Vida. Namun, baik Vida mahupun Iqbal, masing-masing tidak mengesahkan apakah status hubungan mereka sehingga ke hari ini.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video