gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Suami Bonda Rozita Alami Sesak Nadas Di China - “Kami Berbual Tiba-Tiba Dia…”
HIBURAN
Fajar Noor Akui Cinta Lokasi Dengan Shabrina: “Tapi Itu Sudah Masa Lalu”
HIBURAN
Nazim Othman Jadikan Ammar Ayan Sumber Inspirasi - “Lagu Kebangsaan Dia Adalah Lagu Tema Saya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Suka Tukar Derita, Tangan Wanita Tersekat Dalam Mulut Teman Lelaki

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
25/03/2025
19:55 MYT
Sponsor Banner
Suka Tukar Derita, Tangan Wanita Tersekat Dalam Mulut Teman Lelaki

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila tangannya tersangkut di dalam mulut teman lelakinya ketika mencuba satu cabaran yang tular di media sosial.

Menurut laporan NetEase News, pasangan itu tiba di jabatan kecemasan sebuah hospital di wilayah Jilin pada petang Selasa, 18 Mac lalu.

Lelaki tersebut kelihatan memasuki hospital dengan wajah kemerahan dan air liur mengalir tanpa henti, sementara tangan teman wanitanya kekal tersekat dalam mulutnya.

Meskipun berada dalam keadaan tidak selesa, lelaki itu masih mampu ketawa, seolah-olah melihat sisi lucu dalam insiden aneh tersebut.

Doktor yang mengendalikan kes itu, Dr Zhang Mingyuan, menjelaskan bahawa tangan wanita tersebut tersangkut akibat kekejangan otot yang menyebabkan rahang teman lelakinya terkunci.

Keadaan ini mencetuskan kitaran ganas di mana semakin kuat kesakitan yang dirasai, semakin erat gigitan yang berlaku.

Dalam masa 20 minit, pihak hospital berjaya melepaskan tangan wanita itu menggunakan teknik khas.

Pasangan itu dipercayai sedang mencuba cabaran media sosial yang dikenali sebagai "hand-eating challenge", di mana lelaki perlu membuka mulut seluas mungkin dan wanita memasukkan genggaman tangannya ke dalam.

Bagaimanapun, ketika wanita itu cuba menarik tangannya keluar, ia menjadi tersangkut, menyebabkan mereka panik. Mereka cuba pelbagai cara untuk membebaskan tangan tersebut, tetapi semuanya gagal.

Akhirnya, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain mendapatkan bantuan perubatan di hospital.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement