Gaya Hidup

"Sukan Memanah Membentuk Karakter Anak-Anak" - Muezza Sasar 100 Cawangan Menjelang 2025

gempak
Amri Hassan
24/12/2024
21:53 MYT
Sponsor Banner
"Sukan Memanah Membentuk Karakter Anak-Anak" - Muezza Sasar 100 Cawangan Menjelang 2025
Bukan sekadar aktiviti beriadah, sukan memanah mampu membantu pembentukan karakter kanak-kanak untuk menjadi lebih berdisiplin dan bertanggungjawab menerusi kaedah latihan yang disediakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Muezza Education Group Sdn. Bhd., Anas Izuan Azmi berkata, sesi kelas memanah yang dilengkapkan dengan penjelasan setiap langkah mampu memberikan impak kepada makanan Rohani.
“Objektif utama Muezza adalah untuk pembentukan karakter anak-anak memandangkan ramai yang ketagihan gajet, malah tidak dinafikan generasi muda dikatakan kurang rasa hormat dan beradab. Saya berharap sukan ini dapat membantu membangunkan sahsiah yang lebih baik.
“Daripada sudut luaran, mungkin sesi memanah sekadar sukan biasa. Namun jika selami dengan lebih mendalam, langkah daripada ‘grip’ dan ‘hook’ harus dimulakan dengan tenang dan fokus. Jika fikiran serabut, sukar untuk dapat sasaran dengan tepat.
“Banyak penerapan pembentukan karakter dalam setiap posisi yang dapat membantu mengubah pelajar tersebut. Fokus pelajar juga akan semakin meningkat termasuk dalam pelajaran.
“Malah sesi talaqi sebelum sesi latihan juga membantu di mana tenaga pengajar akan menyampaikan ilmu untuk pembentukan pelajar. Setiap sesi hanya dihadkan kepada lima hingga tujuh pelajar dan kami mampu memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap pelajar,” katanya.
Komited dalam mengembangkan lagi Muezza Education Group di seluruh negara, kata Anas, sehingga hari ini, 56 cawangan telah ditubuhkan sepanjang hampir tiga tahun beroperasi.
Dia mensasarkan 100 cawangan bakal dibuka dengan bilangan pelajar mencecah 10,000 menjelang tahun 2025 dengan menjalin Memorandum Persefahaman bersama 33 rakan niaga.
“Sepanjang tempoh dua tahun lima bulan tertubuhnya Muezza, 56 cawangan telah dibuka dengan permulaan enam rakan niaga.
“Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Rakan Niaga Bersama pihak Muezza Education Group Sdn Bhd ini bertujuan untuk mengikat secara sah antara pihak kami dan 33 Rakan Niaga Muezza yang menggariskan objektif, niat dan rangka kerja umum untuk bekerjasama.
“Saya mensasarkan 10,000 pelajar akan menyertai sesi kelas memanah Muezza di cawangan seluruh negara pada tahun depan. Syukur matlamat melahirkan 100 cawangan telahpun tertunai dengan kerjasama ini,” tambahnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024