Juliana berkata dia bagai tidak percaya kerana akhirnya di usia 30 tahun dia dapat menjejakkan kakinya ke sana.
“Saat saya melihat Kaabah di hadapan mata saya…I couldn’t help but cried. Sukar untuk percaya akhirnya saya disini, diusia 30 tahun bersama dengan orang yang saya cintai.
“It is such an overwhelming feeling, melihat kecantikan Kaabah dan semua orang yang berada disini dengan tujuan yang sama.
“Saya sangat berfbangga apabila dapat menjejakan kaki disini serta dapat melengkapkan umrah saya,” katanya.
Juliana berkongsi perasaannya berada di sana di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama suami berlatarbelakangkan pemandangan kaabah.
Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang gembira serta mendoakan terbaik untuk perjalanan ibadahnya di sana.
Juliana dan pasangan mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017 dan mereka baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah pada 12 Julai lalu.