BERITA
Sultan Ibrahim Selamat Jalani Rawatan Di Luar Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan 'musculoskeletal' (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia 21 Februari ini.
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menurut kenyataan itu, kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo.
"Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah menzahirkan penghargaan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengadakan solat hajat dan tidak putus-putus menitipkan doa untuk kesihatan Seri Paduka Baginda," menurut kenyataan itu.
Pada 7 Februari lepas, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
BERITA BERKAITAN: #AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
BERITA BERKAITAN: #AgongKita: Jalani Latihan Juruterbang Helikopter, Kemahiran Dalam Aktiviti Air & Permotoran, Ini Antara Biodata Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
BERITA BERKAITAN: #AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill
BERITA BERKAITAN: #AgongKita: Ini Sebenarnya Maksud Keunikan Motif Gambir, Lada Hitam Hiasi Tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA
Must-Watch Video