gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
“Anak Rindu, Jerit Papa Setiap Kali Kereta Tiba Di Rumah” – Isteri Mangsa Nahas FRU Kongsi Anak Tunggu Kepulangan Ayah
HIBURAN
Sign Kontrak Tapi 'Ghosting'? Artis 'Berpengalaman' Buat Hal, Produksi Terkedu!
HIBURAN
Ramai Yang Restu, Luqman Faiz Jawab Dakwaan Ada Hubungan Istimewa dengan Fieya Julia - “Dia Adalah Partner…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

#AgongKita: Ini Sebenarnya Maksud Keunikan Motif Gambir, Lada Hitam Hiasi Tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

gempak
Awani
20/07/2024
03:30 MYT
Sponsor Banner
#AgongKita: Ini Sebenarnya Maksud Keunikan Motif Gambir, Lada Hitam Hiasi Tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara hari ini.

Maksud motif gambir dan lada hitam

Kedua-dua motif itu merupakan komoditi yang popular pada era Sultan Abu Bakar dan disifatkan sebagai memberi tuah dan kekayaan kepada negeri itu.
Motif itu sehingga kini masih digunakan antaranya pada dokumen kerajaan, seni bina di bandar-bandar negeri itu termasuk Istana Johor.
Pada istiadat pertabalan ini Seri Paduka Baginda turut mengenakan bengkung songket berwarna hitam yang turut mengangkat motif sama.

Keunikan tengkolok Seri Paduka Baginda

Bagaimanapun tengkolok yang digunakan Seri Paduka Baginda masih mengekalkan seni lipatan Tengkolok Diraja "Dendam Tak Sudah" seperti yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.

Tidak sekadar menjadi pelengkap busana kebesaran Raja-Raja Melayu, tengkolok yang dihasilkan daripada kain songket berwarna hitam dan bersulam benang emas itu mempunyai falsafah, lambang dan simbol tersendiri.

Tengkolok "Dendam Tak Sudah" yang berasal dari Negeri Sembilan itu membawa maksud tersirat dan berkait rapat dengan kehidupan serta fitrah manusia.
Di tengah-tengahnya terdapat lambang anak bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada emas putih, simbolik lambang kekuasaan dan kedaulatan.
Sumber: AWANI menerusi BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istiadat Pertabalan
#Balairung Seri
#Istana Negara
#Sultan Ibrahim
#Lada Hitam
#Pertabalan Agong
#Agong Kita
#Gambir
#Maksud Sebenar
#Tengkolok
Must-Watch Video