Tular sebuah video yang memaparkan seorang individu membuka bagasi yang dipenuhi kucing comel mencetuskan kemarahan netizen terutamanya puak pencinta kucing.

Menerusi video yang berdurasi 2 minit 16 saat itu, seorang pemilik restoran tersebut menceritakan semula kejadiaan bagaimana dia ternampak bagasi itu di kawasan restorannya.

Lebih menyedihkan lagi apabila dapat dilihat kucing tersebut semua masih dalam keadaan bernyawa dan bagasi itu siap dizip rapat oleh pelaku seolah-olah memang sengaja mahu menzalimi haiwan tersebut.

“Lebih kurang 8.30 malam, saya nampak sebuah kereta masuk kawasan restoran.

"Dalam 15 minit keluar balik, mungkin ubah fikiran makan tempat lain.

"Pukul 3 pagi staff saya nampak 3 luggage di kawasan tapak parking.

"Luggage besar berzip terdapat 4 ekor kucing dewasa sekali anak kucing.

"Dah kencing dan berak dah kucing dalam luggage ni sebab dah 6 jam berasak lemas dalam beg ni,” jelasnya di video tersebut.

Berita Trending: Bangga Tayang Rehat 3 Jam, Wanita Ini Tak Sengaja Bongkar Diri Sendiri Masuk Kerja Pakai ‘Cable’

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen meluahkan rasa berang dan mengeji tindakan si pelaku yang kejam itu.

“Memang bangang orang-orang yang suka buang kucing ni. Pantang besar aku.

“Sikit punya comel kucing tu semua gebu gebu. Kalau tak nak jangan lah buang macam tu, musib*t betul.

“Semoga c*laka lah hidup manusia yang buat macam ni.

“Kalau nak buang pun tak payah lah letak dalam luggage set*n, kau lepaskan jelah,” tulis beberapa netizen berang.

Bagaimanapun, kucing-kucing tersebut kini difahamkan telah selamat dipungut dan dijaga oleh pemilik restoran tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah menerima sebanyak 600 ribu tontonan di platform X.