Laman Utama

Sumber Terdekat Nafi Erra Fazira Sudah Berkahwin - “Kalau Sekadar Berkawan, Saya Kurang Pasti. Tapi Gosip Mengatakan Erra Dah Kahwin Mengarut Betul!”

gempak
Izwan Isa
11/10/2021
04:46 MYT
Sponsor Banner
Sumber Terdekat Nafi Erra Fazira Sudah Berkahwin - “Kalau Sekadar Berkawan, Saya Kurang Pasti. Tapi Gosip Mengatakan Erra Dah Kahwin Mengarut Betul!”
Semalam, kecoh di laman sosial Twitter apabila nama primadona filem Melayu, Erra Fazira didakwa kini bergelar isteri kedua kepada seorang ahli politik.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh seorang netizen, Erra dikatakan telah mendirikan rumah tangga dengan pertanyaan: “Bini pertama tahu tak tu?
Bagaimanapun, menurut sumber terdekat, Erra masih lagi belum mendirikan rumah tangga dan gosip yang sedang bertebaran di laman sosial dianggap satu perkara yang mengarut.
“Apa yang saya tahu, dia (Erra Fazira) masih belum berkahwin seperti yang digembar-gemburkan. Dia selalu bercerita tentang hal peribadinya kepada saya dan tidak pernah pun dia bercakap soal ini (kahwin).
“Kalau sekadar berkawan, saya kurang pasti. Tapi gosip mengatakan Erra dan kahwin mengarut betul,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, usaha Gempak untuk mendapatkan maklum balas daripada Erra dan Faizal gagal kerana masing-masing tidak menjawab panggilan telefon mahupun pesanan Whatsapp yang dikirimkan.
Pelakon filem Pasrah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan produser, pengarah dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003. Bagaimanapun Erra dan Yusry berpisah pada 2006.
Kemudian, Erra bernikah dengan Engku Emran pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya iaitu Engku Aleesya,12. Namun, Erra dan Emran berpisah pada 2014.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live