Pelawak Zizan Razak memuji kejelitaan pelakon Lisa Surihani yang kini tampil dengan imej berhijab.

Zizan turut berseloroh dengan memberitahu dia berasa 'sejuk' apabila melihat Lisa dengan imej terbaharunya.

“Sumpah aku tak puas tengok muka @lisasurihani bila dia pakai tudung gini walau semalam rumah x on aircond tetap sejuk rasa. MashAllah you are so STGHONG (strong),” tulisnya.

Zizan berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya semalam.

Menerusi entri tersebut, Zizan turut memuat naik fotonya bersama Lisa.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan usikan Zizan terhadap Lisa.

Malah ramai turut bersetuju dan memuji imej terbaharu Lisa.

Lisa tampil dengn imej berhijab selepas pulang dari Umrah pada pertengahan Syawal baru-baru ini.

Sumpah aku tak puas tengok muka @lisasurihani bila dia pakai tudung gini walau semalam rumah x on aircond tetap sejuk rasa. MashAllah you are so STGHONG. #zizanrazak #lisasurihani #alhamdulillah #syukur #allahuakbar

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on