,
Laman Utama

Sumpah Anak Muka Macam B*bi, Ryzal Duriankimchi Maafkan Semua Netizen - "Dosa Kalian Dengan Bayi Belum Lahir Biar Allah Tentukan"

Amri Hassan
29/05/2021
04:50 MYT
Personaliti media sosial, Ryzal Duriankimchi memaafkan semua individu yang melemparkan tohmahan dan cacian terhadap dirinya dan bayi yang sedang dikandung isterinya, Maryam.
Kata Ryzal, dia tidak mengharapkan kemaafan namun sekadar melunaskan tanggungjawab sebagai orang yang bersalah.
"Saya sebagai bapa kepada anak yang tidak berdosa itu memaafkan anda semua.
"Saya tidak mengharapkan kemaafan dari kalian atas kesilapan saya, cukup sekadar saya melunaskan tanggungjawab sebagai orang yang melakukan kesalahan.
"Dosa saya dengan masyarakat Sarawak dan kaum Iban biarlah mereka yang tentukan.
"Dosa kalian mencaci dan menghina itu saya maafkan.
"Dosa kalian dengan isteri saya, saya serahkan dan teriam apa sahaja keputusan isteri.
"Dosa kalian dengan bayi dalam kandungan belum lahir itu saya serahkan pada Allah dan beiarlah anak kami yang tentukan," tulisnya.
Ryzal turut berkongsi paparan skrin komen yang ditulis di akaun media sosialnya Facebooknya selepas tular insiden menghina pakaian tradisional masyarakat Sarawak.
Antara komen yang ditulis netizen berbunyi:
"Biar anak muka macam b*bi.
"Semoga anak disumpah jadi kain buruk. I mean it. Jentik dayak, satu Borneo turun.
"Pergi mampuslah kau dari dunia ni. Biar anak kau mampus dari dunia ini kalau lahir ikut perangai macam kamu dua nanti.
"Semoga anak kau lahir jadi macam muka mangkuk tandas, seperti yang kau buat lawakkan pakaian Sarawak.
Terdahulu, tular di laman sosial sepotong video Ryzal sedang mengulas mengenai ngepan Iban yang dipakai isterinya, Maryam untuk sebuah program televisyen.
Hal itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak-anak Sarawak dan menganggap tindakan itu biadab.
Ryzal dan Maryam kemudiannya tampil membuat permohonan maaf terbuka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Netizen Persoal Pakai Bathrobe Saiz Kecil, Intan Najuwa Jawab – “Amboi Mulut Kau, Memang Time Hamil Pun Pakai XS Atau S”

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Pelakon, Datin Intan Najuwa membalas komen netizen yang seoalah-olah menyindir tentang saiz pakaian yang bakal dibawa ke hospital sebelum bersalin.
Hiburan

“Saya Bernasib Baik Tiada Kecederaan Kekal Pada Anak” - Dr Say Dah Buang Maid! Terima Teguran Netizen, Mohon Maaf Atas Kelalaian

gempak
22/11/2024
07:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril menerima teguran netizen dengan hati terbuka susulan isu pembantu rumahnya sebelum ini.
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar