Laman Utama
“Sungguh Menginsafkan…”- Fazura Terharu Permaisuri Selangor Sudi Memakai Tudungnya Harga Kurang RM30
Pelakon dan penyanyi, Fazura terharu apabila Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman sudi mengenakan tudung jenamanya yang berharga kurang dari RM30.
Kata Fazura, sifat keperibadian Tengku Permaisuri Norashikin yang merendah diri itu mewujudkan rasa insaf pada diri.
“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.
Advertisement
“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.
“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri.
“Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” katanya.
Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto Permaisuri Selangor menggayakan tudungnya dalam satu acara kebajikan.
Dalam pada itu, kelmarin Fazura turut berkongsi keterujaan menerima seutas rantai daripada Tengku Permaisuri Norashikin buat anaknya Fatima Aisya.
Rantai berserta loket berlian yang direka khas dengan abjad F bersempena nama Fatima.
Hadiah tersebut juga kurniaan Tengku Permaisuri Selangor bersempena ulang tahun kelahiran Fatima yang pertama.
Sebelum ini, Fazura juga pernah menerima hadiah daripada Permaisuri Selangor iaitu kepingan syiling emas dan beberapa naskhah buku agama.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, pasangan popular berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.
Must-Watch Video