Laman Utama
Suntikan Vaksin Tidak Membatalkan Puasa
Suntikan vaksin tidak membatalkan puasa dan ia selari dengan pandangan ulama sedunia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri berkata, mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan, suntikan vaksin tidak membatalkan puasa dan ia dibolehkan.
"Ia selari dengan pandangan beberapa ulama dunia khususnya di bulan Ramadan ini dan hukumnya harus.
"Kita sudah putuskan dalam Majlis Fatwa Kebangsaan, dua bulan lalu bahawa suntikan vaksin COVID-19 dibolehkan dan hampir seluruh dunia mengiakannya.
"Yang terbaru pandangan Mufti Besar Arab Saudi, ia tidak membatalkan puasa dan ia sejalur dengan ulama lain," katanya.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan “Lindung Diri, Lindung Semua” dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb lepas dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin itu.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video