Bekas ‘pembantu peribadi’ Datuk Seri Vida dikenali sebagai Abang Qu sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik sebuah video baru di TikTok.

Menerusi video berkenaan, Abang Qu atau nama sebenarnya Syed Qushairi Syed Mahmud Iskandar dilihat tiba di satu kawasan perniagaan.

Abang Qu kemudian membuat kejutan dengan memborong kesemua jualan peniaga tersebut.

Jelasnya, ketika itu dia sedang dalam perjalanan ke Kuala Kangsar dan secara kebetulan terserempak dengan peniaga-peniaga berkenaan.

“Saya dalam perjalanan kerja di Kuala Kangsar, sunyi je kedai akak ni. Panas panas niaga.

“Nanti support la eh. Murah & sumpah sedap, happy je akak tu,” katanya.

Sementara itu menerusi ruang komen, ramai yang memuji tindakan mulia pempengaruh berkenaan.

Malah, ramai yang berharap dapat melakukan sedemikian rupa sekiranya berkemampuan.

“Saya harap dapat lakukan macam tu bila dah kerja nanti, kongsi rezeki dengan semua orang”

“Bagusnya awak, mesti gembira peniaga-peniaga tu”

“Mulia hati Abang Qu,” tulis beberapa netizen.

Anda boleh lihat video berkenaan di bawah.

(EMBED)