VIRAL
Sup Tikus’ Di Sukiya, Restoran Mengaku Pelanggan Bimbang & Saham Jatuh
Restoran terkemuka Jepun, Sukiya berdepan kerugian dan menimbulkan perasaan resah dalam kalangan pelanggan apabila berita seekor tikus dihidang dalam sup tersebar.
Insiden tersebut berlaku di salah sebuah rangkaian restoran mereka di Tottori, barat Jepun pada 21 Januari lalu.
Menerusi laporan media tempatan, seorang pelanggan telah memuat naik foto tikus yang dihidang dalam sup di Google Reviews dengan mendakwa berdepan insiden buruk itu sewaktu menikmati makan malam di restorang tersebut pada 21 Januari lalu.
Pekerja restoran tersebut didakwa telah gagal memastikan sup yang dihidangkan bersih sebaliknya memberikan pelanggan sup dengan tikus mati di dalamnya, lapor The Star pula.
Pihak restoran membuat permohonan maaf selepas insiden tersebut menjadi tular di media sosial pada 22 Januari 2025.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, selepas siasatan dijalankan restoran mendapati tikus tersebut telah jatuh ke dalam sup miso secara tidak sengaja sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Pekerja didakwa tidak menyedari insiden tersebut.
“Ramai pelanggan bimbang dan resah dengan insiden yang berlaku. Kami akan memastikan semua rangkaian Sukiya bersih dan selamat untuk dihidangkan kepada pelanggan dan insiden sedemikian tidak akan berlaku pada masa akan datang,” ujar kenyataan tersebut.
Insiden tersebut membuatkan Saham Zensho Holdings yang mengendalikan rangkaian restoran Jepun Sukiya, merosot sebanyak 7.1 peratus, paling banyak sejak 13 Februari lalu.
Must-Watch Video