Gaya Hidup

"Suruh Ambil Serai Belakang Rumah, Aku Pergi Cabut Lalang" - Shima Anuar Akui Dulu Tak Pandai Masak & Selalu Gaduh Dengan Kakak

gempak
Badrul Hashim
25/11/2020
04:30 MYT
Sponsor Banner
"Suruh Ambil Serai Belakang Rumah, Aku Pergi Cabut Lalang" - Shima Anuar Akui Dulu Tak Pandai Masak & Selalu Gaduh Dengan Kakak
Ada ketikanya perkara yang dilakukan bersama dapat merapatkan kembali hubungan keluarga. Mungkin itulah yang dirasakan oleh pelakon Shima Anuar apabila dia semakin hari semakin menumpukan perhatiannya kepada perniagaan laksam yang dijalankan.
Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya, Shima mengakui bahawa hubungannya dengan kakak tidak begitu rapat hinggalah mereka sama-sama membina perniagaan laksam bersama.
"I dah takde mak masa umur 11 tahun. I ada sorang je kakak. Lain semua abg dan adik lelaki. Dulu I lagi rapat dengan abang.
"Selalu gaduh dengan kakak sebab I ni nakal. Kakak I dia baik. Haha. Dah tua-tua baru rapat dengan kakak," tulis Shima pada satu entri di Instagramnya.
Menurut Shima, dia tidak begitu pandai memasak pada satu ketika dulu dan sentiasa merujuk kepada kakaknya.
"So apa-apa semua refer dengan dia. I tak pandai masak pun dulu (suruh pegi ambik serai belakang rumah, aku pegi cabut lalang). Nak masak pun main belasah je. Kalau tak tau apa-apa, mesti akan tanya dia.
"Now kita orang buat @laksambys sama-sama. Dah jadi family business dah. Semua get involved. Semoga sama2 dimurahkan rezeki kita adik beradik. Inshaallah aminnn. (Nanti belikan lagi periuk2 ni ok? Thank you ngah!" tulis Shima lagi.
Sebelum ini perniagaan laksamnya pernah dilanda sedikit masalah apabila ejen penjual laksamnya didakwa mengenakan caj untuk setiap bekas yang dibeli.
Baca: Agen Kenakan Cas Untuk Setiap Bekas Kepada Pelanggan, Shima Anuar Minta Maaf & 'Refund' Duit
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024