Seorang wanita yang digelar sebagai Mak secara tiba-tiba menjadi perbualan ramai apabila sanggup bersiaran langsung berniaga melalui Facebook biarpun lewat malam.

Wanita tersebut yang menggunakan akaun Rosidah Ahmad itu menjual baju terpakai atau bundle secara kecil-kecilan.

Namun, apa yang lebih membuatkan ramai tersentuh, Mak yang agak berusia itu dikatakan bermula dengan hanya beberapa tontonan sahaja.

Tidak patah semangat, Rosidah kemudian menerima sokongan ramai dan akhirnya tontonannya meningkat tiga kali ganda.

Menurut seorang netizen dikenali sebagai Norazman Md Nor, Rosidah dikatakan mula bersiaran langsung kira-kira jam 3 pagi dan harga bermula daripada RM1 sehelai.

“Dia up sehelai-sehelai baju tu sambil tersedu-sedu, bergenang air mata dia. Kemudian ada dua orang hamba Allah ni terbuka hati nak lock 100 dan 50 helai baju-baju bundle mak.

“Dia jadi serba-salah dengan viewer live dia, risau dengan yang tak dapat, risau yang lain-lain marah dan tak puas hati. Then ramai-ramai cakap patut ambik, habiskan baju bundle tu.

“Mak rehat awal malam ni. Fuh nangis weh,” katanya.

Menerusi laman Facebook Rosidah juga, rata-ratanya mendoakan supaya Mak dimurahkan rezeki.

Malah, ada posting seorang pengguna Facebook yang memohon supaya Mak mendoakannya mendapat zuriat.

“Semalam join live mak ni, sempat suruh laki bank in RM100 tapi kitorang tak ambil baju pun.

“Niat nak bantu mak, cukuplah mak doakan kami ada zuriat, anda mak sempat doakan kami dalam live tu,” katanya.

Anda boleh follow Facebook Rosidah di sini.