Tular di Platform X berkaitan satu tangkap layar memperlihatkan perbualan antara seorang lelaki dengan teman wanitanya yang dianggap ‘jijik’.

Menerusi tangkap layar tersebut, lelaki berkenaan menyuruh teman wanitanya supaya secara perlahan-lahan berubah dari segi pemakaian dengan cara mengenakan hijab.

BERITA TRENDING: "Jangan Ingat Saya Janda Senang-Senang Nak ..." - Elly Ariffin Terima Mesej Lucah, Harap Wanita Tak Dijadikan…

Bagaimanapun, permintaan itu bukannya atas dasar menuruti perintah agama tetapi kerana ingin memenuhi fantasi seksual lelaki berkenaan.



Entri itu mengundang kritikan ramai di mana rata-ratanya menyifatkan lelaki tersebut sebagai seseorang yang pelik dan menjijikkan.

“Geli bodoh. Dah lah borak lucah, boleh pula update dekat media sosial,”

“B*bi lah apa fetish begini bahaya, kasihan perempuan di luar sana yang bertudung,”

“Lain macam nafsu seks kau, ini macam syaitan pun keliru, hidup berpaksikan nafsu, gila!”

Setakat artikel ini ditulis, posting itu meraih lebih 700,000 tontonan dan hampir 3,000 tanda suka di Platform X.