Laman Utama

“Susah Bila Tengok Bini Menangis Sebab Ramai Kecam Anak Dia…Bukan Salah Dia Tapi Saya Yang Biarkan…” – Caprice

gempak
Fiza Kamarudin
19/11/2021
08:33 MYT
Sponsor Banner
“Susah Bila Tengok Bini Menangis Sebab Ramai Kecam Anak Dia…Bukan Salah Dia Tapi Saya Yang Biarkan…” – Caprice
Penyanyi rap dan usahawan, Caprice tampil bersuara selepas melihat isterinya Farra Inalis Hussni dikecam netizen, selepas membiarkan anaknya Aleesya Sofea, bergurau kasar dengan bapa tiri.
Caprice bekata, dia susah hati apabila melihat isteri menangis kerana kecaman netizen yang menganggap Aleesya Sofea atau adik sebagai tidak beradab.
Tambah Caprice, perkara yang dilihat tidak seperti yang difikirkan netizen kerana Farra selalu menegur adik jika bergurau ‘kasar’ namun dia yang membiarkan kerana Aleesya Sofea hanyalah seorang anak kecil yang baru berusia lima tahun.
“Bangun dengan hari yang berbeza sejak tiga hari lalu. Cap agak risau sebab sekarang bini kena handle the crazy world of social media dan netizens... “Tak sampai lima hari kahwin…Susah bila tengok bini nangis sebab ada ramai kecam anak dia sebab cara main dengan Cap duduk atas bahu main kepala, tak ada ‘adab’.
“Bukan salah isteri saya guys. Dia selalu tegur adik bila main ‘kasar dengan saya. But I’m the one that lets adik.
“I’m sorry i have a soft spot for her. She just turn 5, as a new father im going to let her be a kid as long as she wants.
“Insya-Allah walaupun baru je jadi ayah, I’ll do my best to didik her and teach her about life,” katanya.
Tambah Caprice lagi, netizen boleh menyerang dia dan isteri tetapi tidak sepatutnya mengecam Aleesya Sofea.
“U can come after me and my wife, but please leave our kid alone,” katanya.
Sejak semalam, Caprice mencuri perhatian ramai apabila dilihat tenang melayan karenah anak tirinya, Aleesya Sofea ketika sedang bekerja.
Menerusi perkongsian Farra di media sosial, Caprice termenung di hadapan komputer riba sambil anak tirinya duduk di atas bahu sambil bermain dengan kepalanya.
Perkongsian gelagat dua beranak tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-rata kurang selesa melihat seorang anak bermain dengan kepala bapanya kerana berpendapat perbuatan tersebut agak ‘kurang ajar’.
Minggu lalu Caprice membuat kejutan apabila mengahwini Farra, seorang usahawan dan Instafamous yang mempunyai seorang cahaya mata perempuan daripada perkahwinan terdahulu dan mendedahkan sudah enam tahun bergelar ibu tunggal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024