Laman Utama

“Susahlah Semua Benda Nak Trademark” - Tegur Orang Guna Ayat Tanpa Minta Izin, Gadis #SiBodohKauDengarSini Dikecam Netizen

gempak
Azwa Rahman
21/01/2021
10:25 MYT
Sponsor Banner
“Susahlah Semua Benda Nak Trademark” - Tegur Orang Guna Ayat Tanpa Minta Izin, Gadis #SiBodohKauDengarSini Dikecam Netizen
Gadis yang tular dengan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerima kecaman daripada warga Twitter apabila dia menegur sebuah perniagaan baju yang tidak meminta kebenarannya untuk menggunakan ayat tersebut.
Menerusi laman sosial Twitter, gadis tersebut mengulang ciapan perniagaan terbabit sambil menegur ungkapan ‘Si Bodoh Kau Dengar Sini’ yang tertera di dada baju tersebut dengan tidak meminta keizinan daripadanya.
Hi, i dont remember you came asking for my permission?” tulis gadis tersebut.
Selepas dikecam, gadis tersebut mempertahankan dirinya dengan memberikan penjelasan yang dia tidak berniat untuk mempaten cap dagangan tanda pagar tersebut kerana ia adalah perkataaan umum.
“Ada pemilik perniagaan yang meminta kebenaran untuk menggunakan perkataan tersebut untuk dipasarkan. Dan saya katakan tidak pada mereka. Jadi, tidak adil untuk saya katakan tidak pada seorang dan ya pada yang lain.
“Alasan saya tidak setuju dengan penjualan tshirt itu sebab perkataan ‘si bodoh’ bermaksud tidak baik untuk digunakan kerana percaya ia terpantul pada saya kerana kebanyakannya berkaitan dengan saya,” ujarnya mempertahankan diri.
Di Twitter, situasi tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya menegur tindakan gadis tersebut.
Benda ni pun jadi issue? Petty gila. Susahlah semua benda nak credit, bukan artwork pun,” kata seorang wargamaya.
Lesson learned: kalau netizens angkat kau tinggi-tinggi, jangan terlalu syok sangat. Bila dah syok kita ingat semua orang suka, bila kita ingat macam tu kita main lepas je apa kita nak cakap. Bila online, semakin bnyk kau dpt perhatian, semakin patut kau berhati-hati,” tegur seorang wargamaya.
Baru ada hashtag viral dah buat teruk, dik. Musim covid ni biar le orang cari makan sikit guna ayat tu. The ayat bukan karya seni dan tak kreatif pun. It's general sentence used funnily that went viral,” pesan seorang wargamaya.
Jangan sampai "sibodohkaudengarsini" tu berbalik pada diri nanti,” komen seorang wargamaya.
Si bodoh kau dengar sini, kau dengan harimau menangis dah sama bodoh dah ni aku tengok,” tulis seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024