Viral

Susulan Isu Khalwat Aliff & Ruhainies, Bella Astillah Tarik Diri Berlakon Drama? - “Cerita Semalam”

Izwan Isa
12/03/2024
04:29 MYT
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah seolah-olah memberi bayangan yang dirinya tidak lagi terlibat dengan sebuah drama yang diterbitkan oleh produksi tempatan.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagran, Bella berkongsi gambarnya bersama seorang individu yang dipercayai dikenali sebagai Datuk Seri Jaspal berserta tangkap layar yang dia tidak lagi berada dalam group Whatsapp produksi drama berkenaan.
“Assalamualaikum. Cerita semalam. Terima kasih Datuk Seri Jaspal. Terima kasih kerana memahami.
“Panjang umur dan ada rezeki, kita bekerjasama lagi. Salam Ramadan,” tulisnya ringkas.
Begitupun, ramai dalam kalangan pengikut Bella membuat andaian mengenai hantaran tersebut.
Terdahulu, media melaporkan yang suami kepada Bella, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama dramatis Ruhainies.
Ruhainies dan Aliff turut tampil memohon maaf di laman Instastory masing-masing selain memberitahu mereka akan berkongsi kisah sebenar yang terjadi.
Sumber: Instagram Bella Astilla

BERITA TRENDING: Aisyah Aziz Akui Isu Aliff Aziz & Ruhainies Beri Tamparan Hebat Kepada Keluarga - “Mungkin Dengan Menyebarkannya…

BERITA TRENDING: “Sedikit Sebanyak Saya Rasa Trauma Nak Kahwin” - Ruhainies

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Isu Pelakon Berskandal Di Set Shooting, Osman Ali; "Pengarah Ada Hak Menegur Tapi Ada Batas"

gempak
22/07/2024
07:55 MYT
Sutradara terkenal tanah air, Osman Ali, 51, berpendapat pengarah drama atau filem mempunyai hak untuk memberi teguran serta peringatan kepada  pelakon dan kru produksi agar membataskan pergaulan di set penggambaran bagi mengelakkan isu skandal daripada berulang.
Hiburan

Ruhainies Sebak Rai Pra-Hari Jadi Ke-32, Tahlil & Doa Selamat, Kongsi Rezeki Bersama Pelajar Tahfiz

gempak
21/07/2024
08:30 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies seakan-akan gagal menahan sebak ketika sambutan pra-ulangtahun kelahirannya ke-32 pada Sabtu.
Hiburan

Netizen Dah Rimas! Mohon Ibu Aliff Aziz Berhenti Main Laman Sosial, Ini Respons Tuan Badan - “Meh Kalau Kurang Kasih Sayang, Kami Sayangkan Ok”

gempak
19/07/2024
01:55 MYT
Kerap menerima komen negatif, sekali lagi ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi luahan kemarahan daripada netizen di Instastory miliknya.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Hari Lahir Buat Cucu Perempuan, Harap Terima Hadiah Yang Ditinggalkan - “Kami Tetap Tidak Akan Berhenti Cuba Untuk…”

gempak
18/07/2024
03:25 MYT
Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza menitipkan ucapan selamat hari lahir kepada cucu perempuannya iaitu Ara Adreanna yang berusia empat tahun pada 18 Julai, Khamis.