HIBURAN
Sweet Qismina Kesal Netizen Hipokrit, Sokong Kempen Anti-Buli Tapi Siber Buli di Media Sosial - “Anda Tiada Beza Dengan…”
Pelakon, Sweet Qismina meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang gemar mengutuk serta menghina orang lain di media sosial.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi menegur mereka yang lantang menyuarakan sokongan terhadap kempen anti-buli namun tidak henti-henti meninggalkan komen berbentuk kecaman di sosial media.
“Dear people, are you sick?
“Beriya sokong no bully terhadap arwah Zara tapi tak habis-habis kutuk dan buli orang kat sosial media. Perhati je semua, makin lama makin mengarut.
“Anda tak ada beza pun dengan pembuli sekolah. You are a MENTAL ABUSER,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Nenek Bongkok Tiga itu turut menegaskan bahawa perbuatan cyberbully tidak semestinya melibatkan kes besar, sebaliknya boleh berlaku dalam bentuk yang mudah seperti meninggalkan komen berunsur hinaan terhadap rupa paras seseorang.
“Cyberbully yang disebut tu tiada kena mengena dengan kes arwah. It can be as simple as kutuk muka orang on social media. Itu la mental abuse. Tak kenal tapi kutuk, dah kenapa? Haa gitu,” tambahnya.
Perkongsian Sweet itu menerima perhatian ramai yang bersetuju dengan pandangannya mengenai budaya buli siber yang semakin berleluasa dan sering disalah anggap sebagai ‘sekadar gurauan’.
Must-Watch Video