"Swiper, no swiping! Backpack, backpack, backpack, backpack!"

Masih ingat lagi dengan ayat ini? Bagi mereka yang membesar menonton siri animasi 'Dora The Explorer', pastinya anda tidak sabar untuk menonton filem 'live-action' ‘Dora And The Lost City Of Gold’.

Trailer rasminya telah dimuat naik di laman YouTube Paramount Pictures semalam dan sehingga kini, ia telah mendapat 123,000 jumlah tontonan.

Berdasarkan video terbabit, fiem ini memaparkan kehidupan Dora yang berpindah ke bandar untuk merasai pengalaman dan menempuh alam persekolahan selepas lama mengembara bersama ibu bapanya.

Walaubagaimanapun, Dora dan rakan-rakanya yang ditangkap oleh organisasi rahsia dan mereka mencuba dalam misi menyelesaikan misteri ‘Kota Emas’.

Menerusi trailer ini juga kita akhirnya dapat menyaksikan watak penting termasuklah Swiper dan Boots The Monkey.

Namun setakat ini tiada babak memaparkan Dora bertanyakan soalan menjengkelkan seperti yang biasa dilakukan pada siri animasi terdahulu.

Filem ‘Dora And The Lost City Of Gold’ dijangka ditayangkan 8 Ogos 2019.