Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Skeptikal, Takut Filem Lakonannya Tak Meletup – “Kutipan Tinggi Itu Bukan Kerja Saya"

Khairil Khusyairi
13/08/2024 06:55 MYT
Aktor Syafiq Kyle mendedahkan ada pihak yang melabelnya artis bermasalah sehingga ada pihak yang enggan mengambilnya bekerja kerana takut berdepan kerugian.

Dilabel Bermasalah

Menurut Syafiq, gara-gara isu tersebut, pihak yang skeptikal tersebut seolah berpendapat karyanya tidak akan mendapat sambutan daripada penonton.

“Bila saya tengok ada filem saya yang meletup (kutipan tinggi), Alhamdulillah perkara itu paling saya risau.

“Ada yang kata jangan ambil saya berlakon sebab tak akan meletup dan hit.

“Pernah sebelum ini ada pihak larang ambil saya berlakon dan melabel saya sebagai artis bermasalah,” katanya kepada pemberita.

Syafiq ditemui pada sidang media dan tayangan perdana Filem Takluk: Lahad Datu di GSC Mid Valley, baru-baru ini.

Mesej Kepada Penonton Lebih Penting

Tambah Syafiq lagi, dia tidak menjadikan perkara tersebut adalah isu besar sebaliknya memikirkan sumbangan yang boleh disampai kepada penonton berbanding mengejar jumplah kutipan.

“Tapi pada saya, semua itu bukan ‘point’ penting, paling utama adalah mesej yang hendak disampaikan kepada penonton menerusi setiap lakonan.

“Bukannya fikir fasal hit tak hit, kutip tak kutip itu bukan kerja saya.

“Kejayaan saya hari ini mungkin berkat doa daripada keluarga dan pemikiran yang dibawa serta dikongsi kepada pencinta filem sejak hari pertama masuk industry,” tutupnya.

Takluk: Lahad Datu yang diinspirasikan dari kisah benar turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan, Riezman Khuzaimi, Josiah Hogan, Ayez Shaukat, Fad Anuar dan ramai lagi.

Filem yang bakal ditayangkan 22 Ogos ini dijangka memberikan impak mendalam kepada penonton dengan kisah keberanian dan semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh wira-wira negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

ARTIKEL BERKAITAN: Evolusi Kerjaya Seni Syafiq Kyle, Dari Pegang Watak Kecil & Kini Menjadi Hero Malaya

ARTIKEL BERKAITAN: “Kontroversi & Publisiti Pun Penting Tapi…” - Syafiq Kyle

ARTIKEL BERKAITAN: Transformasi Gaya Rambut Syafiq Kyle Mengikut Filem & Drama, Mana Satu Paling Onz?

#pelakon #Filem #Syafiq Kyle #Meletup #Kutipan #bermasalah #Takluk Lahad Datu #Skeptikal