gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kes Dana Armada: Syed Saddiq Lepas & Bebas
BERITA
Iran Isytihar Perang 12 Hari Dengan Israel Tamat
BERITA
"Saya Berdoa Supaya Menang, Mahu Bersihkan Nama' - Syed Saddiq
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

ADVERTORIAL

Syafiq Kyle & Mimi Lana Bersinar, Peminat Mula Buat Teori - “Kenapa Semua Watak Jahat Bermata Hijau? Mesti Ada Simbolik Ni”

Gempak
Gempak
24/06/2025
20:20 MYT
Sponsor Banner
Syafiq Kyle & Mimi Lana Bersinar, Peminat Mula Buat Teori - “Kenapa Semua Watak Jahat Bermata Hijau? Mesti Ada Simbolik Ni”
Peminat siri premium Astro Originals, One Cent Thief dan First Wives telah menemui satu persamaan menarik yang muncul dalam trailer promosi kedua-dua naskhah tersebut.
Dalam kedua-dua siri, karakter utama – Iman lakonan Syafiq Kyle dan Diyana lakonan Mimi Lana – tampil dengan aura tersendiri: satu glow bertenaga dan semangat juang luar biasa.
Namun begitu, apa yang mencetuskan teori peminat adalah satu lagi elemen visual konsisten – mata hijau bersinar yang hanya dimiliki oleh karakter antagonis.
Adakah ini satu kebetulan atau sebenarnya membawa maksud tersirat? Lebih daripada sekadar apa yang dilihat?
Syafiq dan Mimi masing-masing memegang watak protagonis yang tenang tetapi penuh tenaga dalaman.
Bagaimanapun, karakter antagonis yang menjadi penghalang mereka seringkali digambarkan sebagai seoang yang memiliki mata hijau penuh misteri, seolah-olah mencerminkan rasa iri hati atau mungkin, kekurangan tenaga untuk bertahan?

“Tak perlu dialog banyak pun, tengok mata je dah tahu siapa hero terhebat,” – komen seorang pengguna TikTok. Frasa yang semakin tular, “Memang ada yang hebat, sehingga muncul yang terhebat,” dilihat seolah-olah melengkapkan teori peminat.

Tambahan pula, sejak pasangan ini mendirikan rumah tangga, mereka semakin disayangi ramai sehingga mencetuskan gelaran #PowerCouple sebenar dalam kalangan peminat.
Teori demi teori mula muncul, adakah ini petanda mereka bakal bergandingan lebih kerap sebagai pasangan pelakon atau adakah mereka membawa ‘kuasa’ tertentu dalam sebuah naratif yang lebih besar?
Sama ada disengajakan atau tidak, satu perkara pasti: peminat dah mula ‘connect the dots’.
Dan kini, peminat mula menantikan kemunculan ’yang terhebat‘ mungkin dalam bentuk watak baru, jalan cerita yang out of the box, atau kemunculan visual lain yang menyambung segala teori yang ada.
Siri seterusnya dari Astro Originals bakal ditayangkan tak lama lagi. Ramai menjangkakan akan ada lebih banyak ‘easter eggs’ tersembunyi untuk dicungkil.
Adakah ini permulaan kepada sebuah universe baharu antara dua dunia berbeza? Atau… adakah sebuah jenama besar sedang diam-diam ‘charge up’ fandom Malaysia?
Stay tuned. Mungkin mata hijau tu bukan satu-satunya petunjuk…
Topic Berkaitan
#Syafiq Kyle
#Watak Jahat
#Mimi Lana
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement