Laman Utama
Syafiq Yusof Kesal Blog Putar Belit Kenyataan Melibatkan Syamsul Yusof - “Kalau Teruk Sangat, Saya Akan Ambil Tindakan!”
Pengarah filem Polis Evo 3, Syafiq Yusof meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan segelintir blog yang memutar belit kenyataannya sebelum ini berkenaan isu beraya dengan abangnya iaitu Syamsul Yusof.
Gara-gara kecewa dengan pihak tidak bertanggungjawab itu, Syafiq, 31, berkata dia kini lebih memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas sebarang isu berkaitan Syamsul.
"Saya minta maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Sebelum ini saya ada cakap yang saya nak beraya dengan abang saya tapi keluar cerita kata saya nak beraya dengan orang lain (merujuk Ira Kazar).
"Ada pula pihak-pihak yang reka cerita datang entah dari mana... benda yang tak ada pun tiba-tiba ada. Sampai saya rasa bila saya cakap macam itu," katanya kepada Gempak.
Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui Malam Gala Polis Evo 3 di TGV KLCC, Kuala Lumpur yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam pada itu, anak kepada pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam ini juga memohon agar semua orang tidak mempercayai blog yang tidak dikenali terutama yang menyebarkan berita palsu mengenai dirinya.
"Saya harap orang jangan percaya dengan blog-blog yang tidak dikenali dan pelik-pelik di laman Facebook. Pusing cerita itu satu hal, selepas itu reka pula cerita itu memang fitnah.
Must-Watch Video