Pasangan itu difahamkan telah selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Camii, Jepun pada Rabu.
Selain ahli keluarga terdekat pasangan itu, majlis itu turut dihadiri taikun media, jutawan dan ketua parti politik Nasdem, Surya Paloh, artis terkenal Maia Estianty dan beberapa bekas menteri kabinet Indonesia.
Menerusi gambar yang dikongsikan akaun peminat Syahrini dan Reino, ahli keluarga lengkap mengenakan busana kebaya merah jambu dan bersut.
Berita pernikahan pasangan itu menjadi topik hangat di Indonesia memandangkan Reino merupakan bekas kekasih artis wanita kontroversi, Luna Maya.
Luna dan Syahrini pula pernah bersahabat baik.
Difahamkan majlis pernikahan Syahrini dan Reino dikawal ketat oleh pihak berkuasa dan tiada seorang tetamu pun dibenarkan membawa kamera melainkan jurugambar bertugas.