Kemunculan pelakon, Zarina Anjoulie dalam program popular iaitu Sepahtu Reunion Live 2023 baru-baru ini mendapat respon positif netizen.

Memegang watak sebagai Juliana, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju ini berjaya membuatkan geng Sepahtu huru hara dengan gelagatnya.

Tidak cukup dengan itu, netizen yang menonton program berkenaan juga tidak kering gusi melihat ragam lucu Anju membawakan karakter isteri derhaka dengan gaya tersendiri.

Antara babak yang membuatkan ramai ketawa adalah ketika Anju pada mulanya insaf dengan perbuatannya namun tiba-tiba menjerit seolah-olah dirasuk.

Jep kemudiaannya terus membuat gaya membaca ayat rukyah secara spontan sehingga mengundang tawa penonton yang berada di auditorium.

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Malah di media sosial juga, netizen memohon agar pihak produksi mengundang kembali Anju kerana terhibur dengan aksi lucunya.

Antara komen yang diterima adalah:

“Yeee asal weh semua huru hara, sampai Jep jep tak tahu nak buat apa kat atas pentas,” @Z•Ezz

“Time ni aku gelak terguling-guling nak pecah perut hahaha,” @Nf@zLynn

“Kelakar habis! Gelak memanjang satu keluarga, tolongla jemput Anju lagi, lawak gila!” @nana23

Saksikan Sepahtu Reunion Live 2023 setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, program ini juga boleh di strim di On Demand dan juga Astro Go.