Laman Utama

"Syaitan Makin Banyak!" - Atta Halilintar Perjelas Sebab Mahu Segera Nikahi Anak Krisdayanti

gempak
Asraf Aided
16/02/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
"Syaitan Makin Banyak!" - Atta Halilintar Perjelas Sebab Mahu Segera Nikahi Anak Krisdayanti
Seperti diketahui peminat, selebriti popular Indonesia, Atta Halilintar merancang untuk menikahi pilihan hatinya, Aurel Hermansyah 21 Mac ini.
Memetik laporan Liputan 6, Atta mahu segera mendirikan rumah tangga bersama anak penyanyi Krisdayanti itu kerana mahu mengelakkan perkara yang tidak baik dalam hubungan mereka.
"Kenapa saya mahu kahwin sekarang? Kerana menurut saya, syaitan akan banyak," katanya baru-baru ini.
Tambah Atta, keluarganya tidak pernah menggalakkan untuk bercinta lama kerana ia menjurus kearah dosa.
"Terlalu lama bercinta itu tidak bagus, sejak dahulu, saya diajar untuk tidak berbuat begitu oleh ibu bapa saya.
"Walaupun sudah bertunang, tapi masih belum bernikah, jadi, ia masih boleh mengecewakan orang tua saya," katanya lagi.
Terdahulu, pasangan penyanyi dan YouTuber ini telah menangguhkan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung tahun lalu ekoran pandemik COVID-19
Sumber : Liputan 6 Kredit Foto : Instagram Atta
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live