Syamel Tak Halang Anak Terjun Bidang Seni Hiburan - “Selfish Kalau Saya Nak..”
24/08/2024 00:56 MYT
Penyanyi, Syamel tidak akan menghalang minat dan keinginan anak perempuannya, Nur Khawla Soleha mengikut jejak langkahnya bersama isteri, Ernie Zakri untuk terjun ke industri seni hiburan suatu hari nanti.
Beri sokongan
Syamel atau nama lengkapnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 31, berkata dia tidak kisah jika anaknya mahu menyertai industri hiburan dan sedia untuk memberi tunjuk ajar kepada puteri kesayangannya itu.
“Kalau itu minat dia saya akan sokong, sebab sekarang pun dah boleh nampak dia suka nyanyi, menari dia suka apa yang kami buat.
“Kami gembira, kalau saya nak menghalang dia boleh dikatakan ‘selfish’ juga.
“Tapi dia (Khawla) perlukan bimbingan yang sangat padat daripada kami sekiranya Khawla ke arah situ,” katanya ketika ditemui Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Makin ‘Berbeza’, Syamel Nafi Buat Pembedahan Plastik - “Itu Tidak Betul..”
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Didakwa Berbadan Dua? Ini Respons Syamel - “Kalau Ada Rezeki..”
ARTIKEL BERKAITAN: Takut Terjebak Isu Penyondol, Ini Cara Syamel Jaga Rumah Tangga Bersama Ernie Zakri!
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Berskandal Isteri Orang, Anwar Amzah Tampil Bela Diri
Pelantun lagu Hamba Cinta itu juga turut mendedahkan bahawa anaknya kini telah menerima beberapa tawaran kerja bersama beberapa jenama.
“Khawla pula dia petah bercakap, dia juga ada bekerjasama dengan beberapa kempen jadi bagus lah untuk ‘duit poket’ sekolah dia.
“Khawla pun sejenis sukakan perhatian, dia yang pose dulu kalau orang jumpa di luar nak ambil gambar,” ujarnya.
Bagaimanapun, Syamel mengakui tidak pernah memaksa Khawla untuk beraksi di depan kamera malah gelagat yang dipaparkan tersebut berlaku di atas keinginannya sendiri.
“Kami memang tak pernah memaksa dia untuk melakukan sesuatu itu memang apa yang dia suka, dia seorang yang peramah dan kalau ada video shooting ke apa dia memang suka ‘memberi’,” tambahnya lagi.
Terdahulu, video yang dimuatnaik Syamel memaparkan telatah Khawla di depan kamera sering mendapat perhatian ramai.
Untuk rekod, Syamel mendirikan rumah tangga dengan Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 32, pada 22 Mac 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua tahun 6 bulan.