gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
HIBURAN
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
HIBURAN
Tak Pandai Pakai Barang Berjenama, Atikah Suhaime Nak Didik Anak Hidup Bersederhana - “Mungkin Cara Saya Sedikit Berbeza…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Syamsul Yusof Tak Boleh Tentukan Jumlah Saman Terhadap JAWI, Perlu Buktikan Dirinya Difitnah

Gempak
Gempak
24/12/2022
02:50 MYT
Sponsor Banner
Syamsul Yusof Tak Boleh Tentukan Jumlah Saman Terhadap JAWI, Perlu Buktikan Dirinya Difitnah
Peguam sivil dari Tetuan Mohd Amin, Ng & Associates, Hafez Zalkapli berpendapat, Syamsul Yusof tidak boleh menentukan jumlah saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) seperti yang diinginkannya baru-baru ini.
Menerusi laporan BH Online, Hafez berkata, ia berikutan jumlah saman hanya boleh ditentukan oleh pihak mahkamah.
"Jumlah RM10 juta tidak boleh ditentukan Syamsul. Hal ini kerana mahkamah yang bakal menentukannya.
"Seterusnya, kena tengok apa maklumat peribadi yang dibocorkan. Jika maklumat dibocorkan membabitkan dokumen seperti saman dan pernyataan tuntutan dalam mahkamah, tindakan Syamsul tidak berasas kerana ia dianggap dokumen awam," katanya.
Hafez menambah, Syamsul perlu membuktikan bahawa dirinya difitnah.
"Sekiranya tiada, maka tiada kausa tindakan. Kedua, Syamsul perlu membuktikan fitnah disiarkan oleh pihak berkenaan.
View this post on Instagram
A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)
"Syamsul mesti membuktikan kenyataan fitnah itu sama ada, merendahkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat, menyebabkannya dijauhi dan dihindari sehingga diperlekehkan, dibenci serta diperolok-olokkan.
"Dan sama ada fitnah itu mencadangkan dia seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak jujur dari segi motif dan tindakan serta tidak berintegriti," katanya.
Melanjutkan bicara, Hafez berkata, terdapat dua jenis maksud dalam ayat fitnah iaitu bermaksud biasa atau tersurat.
Hafez berpendapat, Syamsul perlu membuktikan ayat sebenar digunakan oleh JAWI.
"Ia perlu dinyatakan dalam tuntutan samannya. Mahkamah akan menentukan maksud perkataan berdasarkan ujian objektif, tertakluk kepada konteks, keadaan persekitaran, penyiaran dan keseluruhan kenyataan yang dibuat," katanya.
Terdahulu, Hafez mengulas tindakan Syamsul bakal mengenakan tindakan saman berjumlah RM10 juta terhadap JAWI yang didakwa membongkar maklumat peribadi yang disifatkan fitnah.
Hal ini dipercayai membabitkan dokumen berkaitan kemelut rumah tangga Syamsul bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana yang turut membabitkan orang ketiga yang didakwa sebagai perosak rumah tangga mereka, Ira Kazar.
Sumber: BH Online
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
#Syamsul Yusof
#saman
#Jawi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement