Laman Utama

Syamsul Yusof Tak Muncul Tayangan Perdana Filem Mat Kilau? Rupanya Disebabkan…

gempak
Hanafis Haris
17/06/2022
00:55 MYT
Sponsor Banner
Syamsul Yusof Tak Muncul Tayangan Perdana Filem Mat Kilau? Rupanya Disebabkan…

Majlis tayangan perdana filem biografi epik sejarah Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang diadakan malam semalam, berlangsung penuh meriah dengan kehadiran pelakon serta tetamu VVIP termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.

Namun, dalam kerancakan majlis itu, timbul persoalan ramai apabila pengarahnya sendiri Syamsul Yusof tidak memunculkan diri.

Malah, kelibat Syamsul yang ditunggu-tunggu tidak kelihatan berbanding pelakon lain biarpun selepas tamat tayangan.

Perkara itu sekali gus menimbulkan spekulasi adakah ia disebabkan kontroversi yang melanda rumah tangga pengarah itu, beberapa hari sebelum majlis itu diadakan.

Pun begitu, kesemua tanggapan itu ditangkis apabila pihak penganjur menyatakan ketiadaan Syamsul pada malam semalam adalah disebabkan masalah kesihatan.

“Dia tidak sihat, jadi itulah,” katanya ringkas.

Difahamkan, adik Syamsul iaitu Shamin Yusof juga menjelaskan abangnya mengalami demam panas dan dinasihat untuk tidak hadir.

Sekadar info, menerusi laporan sebuah portal media sebelum ini, timbul desas desus mengatakan pengarah terkenal bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat.

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Bagaimanapun bapa pengarah kacak itu, Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut,” katanya.

Untuk rekod, aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Dia kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.

Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Filem ini mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).

Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live