Skip to main content

Viral

Syamsul Yusof Terbit Filem Baharu Bukan Di Bawah Skop Production, Ini Jawapan Datuk Yusof Haslam…

yusof-haslam-syamsul-yusof.jpg

Pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan sebarang komen tentang anaknya, Syamsul Yusof yang bakal menghasilkan sebuah filem tetapi bukan di bawah terbitan Skop Production.

Yusof berkata, dia tidak mahu menyentuh hal berkenaan memandangkan ia melibatkan hal anak beranak yang boleh dikatakan agak sensitif.

“Saya tak nak komen hal-hal berkaitan dengan Syamsul. Itu hak dia. Saya tahu tentang hal ini pun lepas dengar-dengar daripada orang. Itu hak dia. Saya tak nak komen apa-apa.

“Dan saya difahamkan juga, dia tak buat KL Gangster 3, dia tukar tajuk dan dia buat cerita ini lah. Tapi itu hak dia. Benda ni melibatkan anak-beranak, sensitif,” katanya kepada Gempak.

Yusof Haslam diminta mengulas mengenai filem baharu, The Original Gangster yang difahamkan terbitan Syamsul bersama Razor Edge Pictures.
 

Must-Watch Video

Advertisement