Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”

Mya Amri
04/05/2024 02:55 MYT
Susulan berita mengenai pengundurannya bersama kumpulan Dolla sebelum ini, Syaysya Rizal akhirnya tampil mengulas mengenai perkara itu.


Bukan mudah buat keputusan

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 23, mengakui agak sukar untuk membuat keputusan tersebut.

Namun dia harus reda dan menerima ketentuan yang telah ditetapkan buat dirinya.

"Saya tahu keputusan yang saya buat sedikit sebanyak buat ramai keliru, marah dan mungkin terguris perasaan.

"Namun takdir telah tertulis bahawa saya perlu membuat keputusan di saat paling sukar demi kelangsungan hidup.

"Saya tahu sebahagian peminat terluka dengan keputusan ini, tapi sejujurnya luka itu lebih besar untuk diri saya kerana perlu menerima dan melalui ketentuan ini.

“Untuk segalanya saya harap kita semua masih terus bersama dan mohon doa kalian yang baik-baik untuk saya sekeluarga.

“Jangan risau semua, saya masih Syasya yang sama yang kalian semua kenal sejak kita bertemu buat pertama kali pada 2019, iDollas,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Ini Sebab Kenapa Majlis Pernikahan Syasya Rizal Diadakan Secara Tertutup

Sentiasa beri sokongan pada Dolla

Dalam hantaran yang sama, Syasya juga turut memberitahu sentiasa memberikan sokongan terhadap tiga anggota Dolla yang lain iaitu Sabronzo, Angel dan Tabby.

Malah, dia juga meluahkan hasrat mahu melihat Dolla meneruskan impian mereka untuk beraksi di pentas antarabangsa.

"Untuk Dolla pula, saya sentiasa menyokong kerjaya kakak-kakak saya yang sudah bersama saya dari permulaan kerjaya.

"Dolla adalah segalanya dan sangat berharga buat saya. Impian untuk Dolla melangkah ke pentas antarabangsa masih saya sematkan dalam jiwa walaupun sudah tidak bersama dengan mereka lagi.

"Saya yakin kakak-kakak Dolla saya masih boleh meneruskan impian mereka dengan sokongan daripada peminat kami. Semangat saya sentiasa ada bersama mereka," coretnya.

A post shared by ✨ SYASYA RIZAL ✨ (@syasya.rzl)


ARTIKEL BERKAITAN: Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia

Hargai dan sayang iDolla

Dalam pada itu. Syasya juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada dirinya dan juga Dolla.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang menyokong saya dari awal hingga sekarang.

“Tanpa kalian, tiadalah Syasya Dolla di pentas seni dan tak akan Dolla berada di tempatnya sekarang.

“Segala penat lelah korang saya hargai sangat sangat dan jutaan terima kasih yang pastinya tak mungkin dapat saya balas dan lupakan,” coretnya lagi.

BERITA TRENDING: Syasya Umum Keluar Dolla Atas Sebab Peribadi

BERITA TRENDING: Pasca Undur Diri Daripada Dolla, Syasya Kini Sudah Bertudung?

Terdahulu, pada 8 April lalu, Syasya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla diatas sebab peribadi yang tidak dapat didedahkan.

Syasya kemudiannya membuat kejutan apabila wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia mengesahkan dia sudah selamat bergelar isteri.

Sebelum itu, foto Syasya manis mengenakan baju rona putih sedang duduk di tepi seorang lelaki memakai baju Melayu di dalam sebuah masjid tular di media sosial.

#DOLLA #Syasya Dolla #Syasya #iDolla
;