Laman Utama

Syed Saddiq Kongsi Kriteria Wanita Idaman - "Paling Penting Dia Boleh ..."

gempak
Amri Hassan
06/10/2022
11:50 MYT
Sponsor Banner
Syed Saddiq Kongsi Kriteria Wanita Idaman - "Paling Penting Dia Boleh ..."
Ahli Parlimen Muar yang popular dalam kalangan belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil terbuka berkongsi kriteria suri hati yang dicarinya dalam musim baharu Confession Bilik Gelap, Syok Podcast.
Akui Syed Saddiq, beliau pernah bertemu dengan potensi regu cinta yang dilihat ada harapan untuk bersama dan perlu dilepaskan kerana perjalanan masih jauh.
"Ada berjaya ada tidak berjaya. Tapi jangan terburu-buru buat keputusan besar sebab ia akan membawa impak besar kepada saya, tapi keluarga dan perjuangan saya," akuinya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq akui beliau memerlukan pasangan yang memahami kerjaya dan kedudukannya dalam politik negara.
"Saya set kehidupan saya untuk menjadi seoarang penjawat awam, dalam bidang ini ada pelbagai rintangan. Jadi, paling penting ialah seseorang yang boleh fahami seituasi tersebut.
"Nak cari kestabilan dalam rumah tangga itu mustahil, ia penuh ombak dan tsunami. Maka, orang yang boleh memahami situasi itulah paling penting sebab saya perlu fokus dalam bidang kerja saya.
"Soal cantik itu susah nak kata sebab ia subjektif. Bila sampai masa dan bertemu insan itu, maka itulah.
"Semua orang ada ciri (pilihan) masing-masing, dalam bab ini bila bersama seseorang itu pada peringkat itu, kita mahukan hubungan yang till jannah.
"Pendek kata ia lagi besar dari keputusan PRU, ia keputusan yang melibatkan puluhan tahun dan keputusan yang datang cuma sekali," tambahnya menjawab soalan pilihan wanita yang berkancah dalam politik atau luar landskap kepolitikan.
Dalam podcast berkenaan juga diimbau semula kisah kehidupannya ketika kecil yang disifatkan Syed Saddiq sendiri sebagai seorang anak yang nakal selain perjalanannya memasuki maktab tentera.

Confession Bilik Gelap

Semua peminat audio podcast boleh menikmati musim ketiga siri SYOK Podcast ‘Confession Bilik Gelap’ dengan menampilkan figura hebat tanah air dan suara anak tempatan dari pelbagai latar belakang yang menceritakan liku-liku kehidupan penuh inspirasi buat rakyat Malaysia.
Musim baharu ‘Confession Bilik Gelap’ mengetengahkan kisah jatuh bangun, ujian hidup, takdir tidak dijangka serta kecekalan dan kebangkitan yang diharungi oleh insan-insan hebat termasuk ahli politik disegani, suri mantan Perdana Menteri, pelantun irama dangdut Malaysia, pejuang anak autistik dan ramai lagi.
Perkongsian santai dan bermanfaat ini dihoskan oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan novel tempatan.
Para peminat ‘Confession Bilik Gelap’ boleh strim dan menantikan episod-episod dalam musim ketiga ini, termasuk: Episod 1: Syed Saddiq - Antara Khianat Dan Suri Hari Yang Dia Cari Episod 2: Ifa Raziah - Dari Flat Pekeliling, Mogul Perniagaan Dan Manusia Yang Menikam Episod 3: Iman Wan Tuck Meng - Jihad Seorang Ayah Mengasuh Anak Autistik Episod 4: Ahirine Ahirudin - Wanita dan Dunia Lasak
Nantikan episod-episod baharu siri SYOK podcast ini yang akan disediakan pada setiap Isnin, bermula jam 10 pagi menerusi aplikasi dan di laman rasmi SYOK. Para peminat boleh menantikan episod selanjutnya pada minggu-minggu berikutnya.
Untuk maklumat lanjut tentang siri SYOK Podcast ‘Confession Bilik Gelap’ Musim Ketiga, layari bm.syok.my/podcast atau muat turun aplikasi SYOK.
Boleh dengar di sini!
Foto: Tatler Malaysia, First Classe, IG Syed Saddiq
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live