Berita
Syukur... 4 Juta Pengguna Domestik Dapat Elektrik Percuma
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 7.66 juta pengguna dapat manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan itu.
Beliau berkata, seramai 4 juta pengguna domestik dengan penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik secara percuma bagi April, Mei dan Jun 2020.
"Pengguna domestik guna elektrik lebih 300KWJ terima potongan RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun 2020.
"Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan akan disalur melalui bil elektrik bulan Julai 2020.
"Tenaga Nasional Berhad setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020," katanya pada sidang media khas di Putrajaya.
Beliau berkata, keseluruhan kos Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan berjumlah RM942 juta.
Menurutnya, kewujudan TNB selaku pembekal tunggal sumber tenaga di negara ini adalah langkah terbaik dan memudahkan kerajaan membuat kawal selia, berbanding membenarkan pelbagai pembekal.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video