Laman Utama
“Syukur Aku Yang Tak Ada Apa Ini Dapat Cedok Ilmu…” - Beto Kusyairy Kagumi Yayan Ruhian
Pelakon Beto Kusyairy menyatakan rasa berbesar hati dapat bekerjasama dengan aktor hebat Indonesia, Yayan Ruhian dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Beto menyifatkan Yayan tidak hanya hebat sebagai seorang pelakon malah pencipta koreografi seni bela diri juga.
“Aku cukup berbesar hati dapat bekerjasama dengan kang @yayanruhian dan team choreonya yang cukup profesional dan faham akan teknikaliti seni tarung wayang.
“Syukur aku yang tak ada apa ini dapat cedok ilmu sedikit sebanyak,” tulisnya.
Dalam pada itu, Beto juga menyatakan tugas seorang koreographer seni bela diri bukanlah sesuatu yang mudah.
“Fight choreographer bukan setakat perlu gerak tarung atau mahir dalam seni bela diri, ianya lebih dari itu.
“Selain perlu memahami kehendak pengarah dan mencipta gerakan, mereka juga perlu tahu mengolah mengikut kesesuaian pada pelakon serta watak dan perwatakannya.
“Yang terpaling penting faham dan punya ilmu tentang sudut pandang kamera dan lens yang digunapakai.
“Gerak tari secantik mana pun jika tak kena dengan camera angle, takkan dapat memberikan impak yang maksimum,” coretnya.
Beto jugak turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan Yayan kerana bertungkus lumus mencantikkan lagi perjalanan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ini.
“Selain kru sebalik tabir yang lain, mereka adalah wira-wira yang tak didendang (selain kang Yayan lah) untuk seni tarung #filemMatKilau ini.
“Penghargaan besar buat @reza.hilman, @cece_ciungwanara, @achmadali.s. Terima kasih kerana buat kami tampak hebat,” tulisnya.
Terdahulu, Mat Kilau berjaya mencatatkan rekod penjualan tiket yang memberangsangkan sejak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Mat Kilau juga berjaya mendapat kutipan RM12 juta dalam masa empat hari tayangannya.
Must-Watch Video