Laman Utama

Syukur Solat Jumaat Tambah Kapasiti, Ini Pesan Alif Satar

gempak
Syafiqah Jalal
05/02/2021
02:03 MYT
Sponsor Banner
Syukur Solat Jumaat Tambah Kapasiti, Ini Pesan Alif Satar
Selebriti serba boleh, Alif Satar bersyukur kerana akhirnya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bersetuju menambah bilangan jemaah bagi solat Jumaat dengan jumlah separuh daripada kapasiti sebenar masjid atau surau Jumaat berkuatkuasa hari ini.
Menurut Alif dia berharap jemaah solat Jumaat yang hadir esok akan mematuhi SOP (Prosedur Standard Operasi) yang telah ditetapkan.
“Alhamdulilah... ikut SOP dan jangan lupa bawa sejadah esok. Tak lupa juga pergi awal,” pesannya.
Alif berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Alif memuat naik kenyataan media mengenai perlaksanaan kapasiti bilangan solat berjemaah baharu di masjid ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Selain itu, kebenaran sama turut diberikan bagi pelaksanaan solat fardu di semua masjid, surau Jumaat dan surau seluruh Wilayah Persekutuan.
Sebelum ini, Jawi membenarkan solat Jumaat di semua masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan dengan jumlah 30 orang jemaah sepanjang pelaksanaan PKP.
Selasa lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada 4 Februari ini akan dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Februari depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live