Laman Utama

'Tac Team' Dengan Amerul Affendi Dalam One Cent Thief, Syafiq Kyle: “Saya Tepuk Kepala…”

Maliah Surip
12/11/2022
09:57 MYT
Drama Premium Astro Originals, One Cent Thief menimbulkan keterujaan dalam kalangan penonton kerana jalan cerita yang tidak klise dan penuh mendebarkan.
BACA: One Cent Thief: Pertembungan 'Kuasa Jahat' Sofia Jane & 'Genius Hacker' Syafiq Kyle
Saban minggu, drama arahan Ariff Zulkarnain yang ditayangkan di Astro Ria HD (saluran 104) setiap Sabtu pada pukul 9 malam itu menjadi semakin ‘liar’.
Dari kisah seorang banker, Iman Shah yang tersepit memerlukan wang untuk membiayai kos pembedahan sang ayah sehingga mencuri satu sen dari setiap akaun pengguna di bank miliknya, karakter yang dimainkan Syafiq Kyle itu berkembang.
Iman Shah, seorang pemuda naif yang memiliki kemahiran sebagai hacker atau pengodam itu akhirnya terjebak dengan jenayah.
Dan karakter lawan jenayahnya dimainkan oleh aktor berprolifik, Amerul Affendi.
Bercakap mengenai kerjasama yang terjalin dengan pelakon tersebut, Syafiq mengaku ia adalah sebuah kolaborasi yang hebat dan banyak membuat mutu lakonannya bercambah atas bantuan Amerul.
Namun tanpa berselindung, Syafiq mengaku dirinya gementar saat pertama kali peran antagonis bernama Kadak dimainkan oleh Amerul.
“Kadak paling banyak babak dengan saya. Saya sudah tepuk kepala bila tahu ada Amerul Affendi, bukan tak suka, tapi sebab dia Amerul Affendi,” katanya kepada Gempak.
Mempunyai banyak babak bersama dalam beberapa episod terakhir yang semakin ‘liar’, Syafiq menyifatkan Amerul sebagai seorang aktor yang tidak lokek ilmu.
“Amerul sangat baik, dia pun susah nak dapat watak side kick yang macam tu. Dia banyak ajar saya dari segi persepsi dan dua minggu kami buat preparation, cara berjalan, duduk, bercakap, dia banyak ilmu tentang itu, jadi saya ambil semua ilmu itu.
“Dan di set kami grow saya beruntung dapat bekerja dengan orang hebat dan mahu bekerja saya,” katanya lagi.
Selain Amerul, One Cent Thief yang bersiaran sebanyak lapan episod itu ditaburi bintang gred A Malaysia. Mereka termasuklah Faizal Hussien sebagai Abah, Sofia Jane (Ibu Zara), Azira Syafinaz (Intan) dan Fabian Loo (Ash Lee).
Selain ditayangkan di saluran RIA (104), drama premium pertama dibawah jenama Astro Originals berbeza bahasa ini juga ditayangkan serentak di Astro Ria HD (104), Astro Vinmeen HD (202), Astro Shuang Xing HD (304) dan PRIMEtime (704).
Hal ini lantaran One Cent Thief yang diterbitkan Astro Shaw tersebut dibintangi pelakon hebat seperti Sahadevan (Devan) sebagai ceti yang membuatkan hidup Iman dan abahnya huru hara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Drama

Pengulas Filem Bagi Skor Tinggi, Ini Sebab Korang Wajib Tonton Drama Framed!

gempak
03/07/2024
15:58 MYT
Drama bergenre fantasy investigative thriller, Framed terbitan Astro Shaw telah melabuhkan tirainya pada 21 Jun lalu.
Hiburan

Pening Tak Tahu Nak Tengok Rancangan Apa, 'Jom Usha' Antara Drama & Program Pilihan Alif Satar

gempak
02/07/2024
08:23 MYT
Selebriti versatil iaitu Alif Satar bukan sahaja dikenali dalam bidang nyanyian malah bapa kepada tiga orang anak ini juga hebat dalam dunia lakonan dan pengacaraan.