Pelakon Aliff Aziz memuat naik sekeping foto di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri terbaru.

Foto tersebut menunjukkan anak lelaki Aliff, Ayden Adrean ketika berada di Australia beserta kapsyen meluahkan rasa sayang.

"And there's this boy. He actually stole my heart since the day his beautiful mummy gave birth to him.

"He calls me daddy. Through everything they may say about me.

"I'll give my life up for you buddy. Pray for daddy always sayang as daddy goes through this phase of being the best I can.

"I love you both. Both of you. You know who you are," tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mula berasa kurang senang hati dengan tindakan Aliff yang seakan sedang memujuk Bella untuk kembali bersama.

Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Alif pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia dua tahun.